Teruslah Melentur

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TERUSLAH MELENTUR || Lebih mudah untuk melentur buluh bermula daripada rebung lagi..namun adakah buluh langsung tidak mampu dilentur lagi..subhanaAllah kerana hidayah itu milik Allah siapa pun kita tidak terkecuali untuk menerima hidayahNYA mengikut ketika yang dirasakan tepat.Biar pun buluh,betul dan tepat cara melenturnya insyaAllah tidakkan patah..biar pun mungkin mengambil masa yang agak lama..namun tidak mustahil ianya lebih baik daripada asuhan sedari rebung lagi.

Main peranan.Dewasa,remaja,kanak-kanak,bayi saling bergantung satu sama lain...saling memerlukan..dan pada keseluruhannya semua sandarkan pergantungan dan pengharapan pada DIA yang SATU..dalam apa pun situasinya..biarpun begitu,konsep usaha jangan ditinggalkan..sentiasa berdoa, jangan dikurangkan seterusnya tawakkal jangan disisihkan.Bila setiap kita mainkan peranan sebaik-baiknya insyaAllah keadaan mudah dikawal dalam apa pun warnanya..mulakanlah daripada diri kita sendiri..bila setiap orang ada rasa untuk perbaiki diri insyaAllah semua baik-baik sahaja.Dewasa menjadi contoh kepada remaja..remaja menjadi ikutan pada kanak-kanak.. 

Tolak tepi angka.Usia itu sekadar angka.Ya ada yang gerun dengan angka itu...ada yang biasa-biasa sahaja..Ada yang menganggap bertambahnya  angka pada usia menghadkan semua perkara,,tidak kurang meningkatnya usia permulaan memulakan suatu yang baru dalam kehidupan yang sementara ini.Memaknakan angka pada usia itu sungguh berbeza-beza.Jadikan usia itu motivasi untuk tingkatkan momentum pada strategi-strategi amal kebaikkan.Jangan pernah fikir pintu taubat sudah tertutup untuk diri..dan jangan juga terlintas dihati mahupun minda segalanya sudah terlewat untuk terus memperbaiki.

Terima dan akui sepenuhnya hati.


Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۖ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا
Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۖ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۗ
ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah : Al Baqarah | Ayat : 216


*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Melentur tidak boleh berputus asa.... Kena ada usaha kan...

    BalasPadam
  2. Melentur dari rebung itu lembut hatinya PC..
    Namun begitu bagi yg dah keras tu..
    Melentur lah dgn lemah lembut dan mohon dari hidayah dari Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak...betul...sebab tu sedari rebung lentur dan bentuklah sebaiknya :)

      Padam
  3. Semakin bertambah angka usia bermakan semakin dekat kita utk menemuiNya. Cukup kah amalan2 kita ni 😢

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..cuma terkadang ada yang terlupa...meningkat umur itu sebenarnya semakin kita menghampiri PENCIPTA.. (p)

      Padam
  4. Betul...jangan berputus asa...sama ada melentur orang lain..atau melentur diri sendiri. :)

    BalasPadam
  5. Kita, dan masyarakat kena sama2 tolong menolong dalam melentur ni. Barulah buluhnya nanti lurus dan cantik je di perdu tu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama