Terdesak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERDESAK || Ter itu sendiri membawa maksud terpaksa atau satu tindakkan tanpa sengaja dilakukan....TETAPI jangan ambil kesempatan menggunakan "ter" itu untuk melepaskan diri setelah lakukan kesilapan yang pada hakikatnya memang sengaja dilakukan..

MENGHITAMKAN.Kita sebenarnya berusaha sehabis baik...dalam segenap perkara yang dilakukan...ya..usaha yang bukan sekadar ibaratnya melepas batuk ditangga.Tidak ada sesiapa pun mahu menjadi tidak baik..tidak ada seorang pun mahu memalitkan arang pada maruah diri sendiri..namun dalam keadaan terdesak mungkin ianya boleh berlaku andai sumbang langkah dan rentak yang dibawa..subhanAllah.

Ada banyak cara untuk Allah SWT mahu MEMUTIHKAN diri kita.Hati khasnya.Mungkin sisi hitam yang gelap pernah kita lalui itu menjadikan kita insan yang lebih putih pada hari-hari mendatang berbanding insan-insan lain..kerana hidayah itu Allah SWT punya.Yakinlah kasih sayang Allah SWT itu ada magisnya..💗Perdu Cinta💗

MEMOTIVASIKAN.Daripada sudut yang positif...bila mana kita terdesak untuk mendapatkan sesuatu itu dengan bersyarat..pasti kita akan usaha bersungguh-sungguh..bila betul lorongnya..maka cantiklah cara dan hala tujunya.Biar pun mungkin mukhaddimahnya memberat ke dunia..namun lama kelamaan lakukan keranaNYA.Syarat itu mampu mendesak dan menjadikan diri terdesak.Dengan syarat hujungnya terdesak lakukan sesuatu itu dengan asbab yang baik.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

Previous
Next Post »

15 comments

Write comments
Nour Adieb
AUTHOR
March 13, 2017 at 10:38 AM delete

kadang2 ada juga yang sengaja amik kesempatan nak 'ter' tu

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
March 13, 2017 at 10:42 AM delete

Pengalaman lepas jadikan panduan untuk hidup yang lebih baik. Sehitam mana pun kehidupan yg lalu, pasti ada peluang utk putihkannya semua. Yakin padaNya.

Reply
avatar
March 13, 2017 at 11:25 AM delete

"ter" tu hanya valid kalau tak sengaja, dan segera mohon maaf..bukan sengaja membuat perkara dan kemudian buatlah "terlupa" -_-

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 11:57 AM delete

Selagi boleh elak....elaklah..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 11:58 AM delete

Betul...pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita...sangat luas selagi nyawa belum lagi dikerongkong...manfaatkan sebaik-baiknya.Moga Allah bantu kita.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 12:00 PM delete

Tepat..begitu sebaiknya kan...ter....kemudian minta maaf kerana betul2 tidak sengaja..

Reply
avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
March 13, 2017 at 1:21 PM delete

Betul. Kadang2 bila ada sesuatu yg menekan kita. Makin bertambah motivasi dan kelajuan untuk kita lakukan sesuatu perkara. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 2:24 PM delete

Kan..dengan syarat tekanan itu kita lorongkan kepada yang baik :)

Reply
avatar
ucing
AUTHOR
March 13, 2017 at 3:44 PM delete

Hi Ucing Tag Awak Sudi jawab Soalan Saya .

http://ucingkadayan.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

Reply
avatar
March 13, 2017 at 3:44 PM delete

Tidak ada alasan 'ter' atau tidak sengaja.
Risiko dan implikasinya tetap kita tanggung.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 13, 2017 at 4:03 PM delete

Kdg2 org ambil mudah dgn perkataan 'ter' tu kan.. menjadi peringatan buat diri ini juga. T kasih atas perkongsian ini PC.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 8:54 PM delete

Terima kasih Ucing..insyaAllah ya PC cuba usahakan :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 8:55 PM delete

Betul..kalau lepas dunia...jangan lupa alam yang lagi satu.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 13, 2017 at 8:57 PM delete

PC sendiri pun kadang terlalai dengan keadaan sebegini sebenarnya..sama2 untuk peringatan kita semua.

Reply
avatar
March 14, 2017 at 2:37 AM delete

Jangan gunakan perkataan terdesak jika alalsan yang dipilih adalah salah. sebab itulah yang bakal meghitamkan hati manusia. Menyalah gunakan perkataan 'ter' jadikan semua kejadian bakal jadi negatif ..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon