Seribu Kali Tidak Suka?..Fikir Semula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Seribu Kali Tidak Suka?..Fikir Semula
Google image


SERIBU KALI TIDAK SUKA?..FIKIR SEMULA || Tak suka..tak suka..tak suka..benci..benci..benci..begitulah lazimnya dengar dialog sebegini bila sidara dijodoh-jodohkan tanpa rela dengan si teruna..hihihi..kalau atok nenek yang dengar inilah ayat win yang bakal berdesup memanah cuping telinga.."kau jangan tak suka..tak suka sangat...jangan benci sangat..esok lusa dia yang kau peluk-peluk"..hahahahahaha..berdarah hati macam disental dengan berus dawai buat cuci bilik air kaedahnya..biarpun masih ada yang akur dan taat dengan pilihan kedua-dua ibu bapa..namun bilangan sangat sedikit berbanding yang lebih memilih untuk pilih pasangan masing-masing..*walhal telah Allah SWT tentukan terlebih dahulu

Dalam banyak hal dan perkara tidak semuanya mampu kita sukai..kerana kita ini sentiasa mahu membuat pilihan..justeru rasa tidak mahu dan tidak suka pada sesuatu itu sangat lumrah..apa pun..tidak semua yang kita sukai itu yang terbaik buat kita..boleh jadi apa yang kita benci itu sesuatu yang paling terbaik kerana ianya apa yang DIA sangat suka..tanpa sedar sebenarnya terlalu banyak Allah SWT bertolak ansur dan memanjakan kita dengan kasih sayangNYA..💗Perdu Cinta💗

MENJADI DOA.Ucaplah kata-kata yang baik-baik dimulut..bila bercakap,cakaplah yang indah-indah..dan biarpun sekadar bermonolog sendirian di dalam hati...sila juga lintaskan yang baik-baik..yang bersih-bersih..sebab ianya menjadi doa.mengumpat..memaki hamun..mencarut..dalam hati..ya memang orang tidak mendengar tapi Allah SWT sentiasa mendengar..ini pun PC perlu perbaiki..adakala diri sendiri melakukan..kadangkala terlalu marah..memang tidak lepas dimulut..muka lebih manis dari madu lebah tualang..tapi dalam hati macam ada mercun bola 10 kontena sedang meletup..huhuhuhu..setiap hari jangan lepas untuk berdoa..walau doa yang mudah-mudah..doa membuat hari-hari kita bertambah indah itu tanda kita hamba yang tiada apa-apa tanpaNYA.Soal bila doa kita itu termakbul..serah saja padaNYA.

CERMIN DIRI.Ada yang perlu kita terima walau tidak kita sukai.Ada yang kita suka tapi mesti ditolak tepi.Ada juga yang langsung tidak boleh kita sukai.jangan melulu dalam bertindak.Tidak usah tergesa-gesa menunjukkan reaksi kerana mungkin saat ini kita tidak boleh menerima orang siapa tahu detik yang sama bencinya orang pada kita lebih berganda..sekali kita mencari khilaf orang sebenarnya kita telah menunjukkan khilaf yang ada pada diri sendiri..bahayakan.Menasihati itu tidak salah dengan syarat tidak sampai tahap mengaibkan..hati-hati..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
SalbiahM
AUTHOR
March 20, 2017 at 9:39 AM delete

nak suka atau nak benci, biarlah berpada.

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
March 20, 2017 at 10:53 AM delete

Barangkali yang kita suka itu akan menjadi kebencian suatu hari nanti.
Dan yg kita benci tu akan menjadi kesayangan.
Oleh itu benci dan sayang biar berpada. Sayang kerana Allah swt.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 20, 2017 at 2:49 PM delete

Betul kak Ana kerana hati kita milik DIA bila2 masa sahaja boleh berubah dan diubah olehNYA..kita tidak boleh melihat masa hadapan sedang Allah tahu semuanya :)

Reply
avatar
March 20, 2017 at 3:14 PM delete

tak kenal maka tak cinta...hihi

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
March 20, 2017 at 9:22 PM delete

Allahuakhbar, sesungguhnya selalu terjadi.. Jadi bila tak suka jangan canang sekampung, hanya diam dan simpan dalam hati.. Apa yg kita suka belum tentu baik untuk kita begitu lah sebaliknya.

Sesungguhnya Dia yang mengatur segalanya.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 20, 2017 at 10:32 PM delete

:) hehehehe...betul..yeyyy

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 20, 2017 at 10:33 PM delete

:) alhamdulillah..terima kasih..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 20, 2017 at 10:35 PM delete

Betul kak dan lazimnya akan terbalik..yang suka jadi tidak suka..yang tidak suka itulah yang banyak membantu...Allah nak didik supaya kita ini bersederhana dalam segenap hal.. :)

Reply
avatar
lyana ishak
AUTHOR
March 20, 2017 at 11:01 PM delete

ermm Yana pun ada org kata mcm nie .. Minta simpang la .. Pasni takmau dah benci dia takut =P

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon