Sekadar Pandangan Mata

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SEKADAR PANDANGAN MATA || Syukur atas segala limpah nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita,keluarga kita..sahabat-sahabat kita semua.Alhamdulillah.Moga itu menjadi asbab yang kukuh untuk kita lebih mengingati,mentaati serta mendahulukanNYA dan bukan menjadi punca kita terus mendabik dada tanpa rasa bersalah.Ameen.

Sekadar Pandangan Mata
Google Image


KUDRAT TERHAD. Rasa kagum pada sesuatu apa yang kelihatan hebat..menarik dan cantik itu ada pada setiap diri kita..ya.."mengagumi sesuatu" biasa kita lakukan dan terjemahkan dengan pelbagai cara..*kecuali pada yang tiada espresi emosi..melihat semuanya tiada yang istimewa..biasa-biasa sahaja padanya..ya mungkin ada,diluar pengetahuan PC ada yang sebegitu,maafkan PC*..kalau rasa kagum dengan setiap apa yang berjaya manusia cipta..itu bagus kerana disitu ada rasa menghargai..tapi,nanti dulu,,berhenti seketika..lebihkan mengagumi PENCIPTA yang mencipta apa yang kita kagumi itu..bila kita kata hebatnya seseorang itu..sebenarnya yang MENCIPTA dia(manusia/seseorang) itulah MAHA hebat.Kehebatan itu milikNYA.

PERANTARA DUNIA.Bagaiamana jalan cerita yang kita lalui,biar berbeza setiap daripada kita..asasnya kita daripadaNYA yang satu saat pasti kembali mengadapNYA juga.Bila?..rahsia..di pentas dunia ini terlalu banyak watak perlu kita galas sebaik-baiknya dan sedayanya.Berhati-hati dalam menggalas tanggungjawab yang ada kerana berat beban yang bakal digalas bukan saja di dunia tetapi kelak di sana juga.Jangan berharap lebih padanya manusia kerana kita sama-sama perantara dunia..takut kelak kita tercela kerana dulunya sering mencela..Wahai perantara dunia..teruskan berusaha menjadi insan mulia..teruskan berdoa agar tunduk keangkuhanmu..teruskan bertawakkal agar dirimu sedar hanya pada DIA tempat sebaik-baik sandaran..


Sebagai hambaNYA..sentiasa semai benih rasa berdosa pada diri agar ianya menjadi benteng pada perkara-perkara yang sememangnya mesti ditinggalkan..supaya kiita sentiasa ingin bertaubat dan menjauh daripada apa yang mahu mendekat tetapi membawa mudharat dunia dan melarat di akhirat..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Yea memang btul apa yang kak PC suarakan.. Kita perlu sentiasa ingatkan diri untuk bersyukur selalu dan tak mengharapkan apa2 balasan dari manusia, hanya keredhaan dari Allah saja yang kita mahukan..

    BalasPadam
  2. Yeahhh memang betul tu kak PC... bersyukurlah selalu..

    BalasPadam
  3. Betul tu PC. Dengan mengingati semua dosa2 kkita akan buatkan kita dekat lagi denganNya.

    BalasPadam
  4. Well said kak, tak salah mengagumi ciptaan manusia tapi kena tahu semua tu pinjaman daripada-Nya sahaja :)

    BalasPadam
  5. Setuju... t kasih atas perkongsian ini. Moga menjadi renungan yg baik buat kita semua.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama