Pertimbang Dan Bertindak

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Bunga kebangsaan Bunga Raya
Lewat cantas bertunas panjang
Sumbang kudrat tiada salahnya
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Pucuk labu dimasak lemak
Labunya pula dibuat pengat
Bila berbicara gunakan otak
Jangan asal lepas dimulut

Buah markisa masam manis
Dikisar halus menjadi jus
Mana yang kurang molek cepatlah dikikis
Moga yang buruk dapat dihapus

Daun sireh diramas ramas
Direbus hingga nampak layu
Dengar nasihat jangan rimas
Manfaatkan ikut yang mana perlu

Kerang bakar enak rasanya
Bakar hingga kerang terbuka
Cukup sekadar satu muka

Elakkan gemar bermuka-muka

Tag : Pantun
6 Komen untuk "Pertimbang Dan Bertindak"

Wah pantun kiasan... terbaik PC... penuh dengan nasihat dan peringatan...

2 3 hari ni teringat pasal pantun. Singgah sini Kak PC berpantun. Terbaik..

Amboi hebat berpantun rupanya cik PC ye. Pantun nasihat pula. Kak Ana suka 😘😘

Wkmsalam.
Yang bestnya pembayang pantun tu menggunakan elemen2 alam semulajadi.
Macam pantun orang2 kampung.
Klass pantun2nya.

waalaikumussalam pc...pantun yang penuh bermakna

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top