Keropok Masuk Angin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEROPOK MASUK ANGIN || Selamat kembali ke sekolah adik-adik..anak-anak soleh solehah semua..alhamdulillah..alolololo..moga lebih bersemangat dan lebih bermotivasi..maklumlah 9 hari bercuti..bukan mudah nak dapat mood semulakan..kecualilah memang jenis yang ingat sekolah dalam jaga dan lena..hehehehehe..kawan lain kalau boleh nak cuti sekolah lama-lama tapi dia bosan pulak duduk rumah lama-lama..krik..krik sangat..dulu PC ada kawan spesis macam ni...fuhh stress sungguh.

FOKUS.Apa pun yang kita lakukan mesti fokus walau ada masanya tersasar juga..PC cakap sebab PC pun selalu macam hilang fokus.Nampak macam tidak penting,tapi percayalah bila kita tidak fokus atau hilang fokus akan timbul kesan kurang baik sama ada sengaja atau tidak sengaja..sama ada kesan sementara atau kesan yang kekal..walau ada masa hilang fokus atau tumpuan itu bukan disengajakan ya.

MAKNAKAN KEWUJUDAN."Sebenarnya ada ke tidak ni..ada tapi seolah tiada kerana macam tiada fungsinya"..jangan sampai orang beranggapan begitu kepada kita..kerana kita tidak menyumbang apa-apa waima sedikit idea mahupun tenaga sekiranya diperlukan..situasi begini sangat bahaya kerana impak negatifnya akan kembali kepada diri kita sendiri kelak..justeru itu carilah jalan untuk maknakan kewujudan kita dengan cara yang betul dan bersih.

UBAH KEPADA LEBIH BERSEMANGAT. Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin..jadikan itu sebagai satu motivasi kerana idola kita kekasih Allah SWT dilahirkan..tidak salah juga kalau kita gandakan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW kan..bukan sahaja gandakan pada setiap Jumaat..sebenarnya setiap hari berselawat itu juga terapi dan mendekatkan kita ummat kepadanya.

Keropok..biar pun tidak mengenyangkan tetapi sekali makan ianya punya daya terikkan yang mengasyikkan..nak lagi..lagi dan lagi..nikmat..namun betapa uniknya keropok itu andai lemau..dan menjadi "keropok masuk angin"..sesiapa pun pasti tidak tertarik untuk menikmatinya..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
March 27, 2017 at 10:12 AM delete

Selamat kembali ke sekolah buat adik2 dan para pengajar.

Jangan lemau macam keropok tau. Dan jgn hilang fokus. 😊

Reply
avatar
Ana Fatihah
AUTHOR
March 27, 2017 at 10:54 AM delete

Uni saya cuti sama dengan sekolah jugak. Hari ni buka. Tapi, saya takde kelas harini. Esok baru ada. Hehe
Moga bersemangat!

Reply
avatar
E'in
AUTHOR
March 27, 2017 at 11:50 AM delete

kalau dah cuti panjang memang lemau nak naik sekolah balik.. e'in macam nie dulu.. huhu

Reply
avatar
Abam Kie
AUTHOR
March 27, 2017 at 9:08 PM delete

bkn murid2 pun keberatan nak gi sek...guru2 pun rasa malas je nak gi kerja. heheheheh

Reply
avatar
Lea Azleeya
AUTHOR
March 29, 2017 at 4:52 PM delete

tamo komen entry ni tapi nak komen header baru tu.. chomellll ngattttt!!!

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon