Kemudian Nanti

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEMUDIAN NANTI..

Tuai padi antara masak
Esok jangan layua-layuan
Sudah berlaga bahu jangan buat tidak nampak
Takut esok mencari dalam kesusahan

Jangan di harap padi seberang
Entahkan ada entahkan tidak
Bila bercakap pandang-pandang
Risau ada hati yang akan retak

Semakin berisi semakin menunduk
Resam padi menjadi contoh
Yang mana silap tolonglah tunjuk
Bukan tolong ketawa berdekah-dekah

Bermula padi menjadi beras
Makanan ruji rakyat jelata
Biarpun bergurau biar berasas
Agar tidak menyemai sengketa

Beras perang beras putih
Gigih ditampi si anak dara
Bersih hatinya terpamer diwajah
Menjadi dambaan anak teruna

Beras wangi beras siam
Pandai memasak molek jadinya
Molek didik  menurut Islam
Moleklah juga asal hasilnya





Tag : Pantun
11 Komen untuk "Kemudian Nanti"

banyak maksud tersirat kan..

hari ni semua padi... hehe,,, byk nasihatnya.... terima kasih...

Anak gadis pandai berpantun
Terpikat pula hati teruna
Andai ramuan cukup diadun
Bagaimana acuan begitulah hasilnya :)

mendalam betul maksud yang tersirat. kalau orang buat silap, lebih kepada diketawakan daripada diperbetulkan. hati2 dalam gurauan, ada kalanya gurauan boleh mengguriskan hati

Betul..jadi kita kena sentiasa hati-hati :)

penuh dengan nasihat ...terbaek..

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top