Biskut Tawar Dan Ferrero Rocher

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BISKUT TAWAR DAN FERRERO ROCHER  || Rezeki kalau diulas sangat luas.Daripada sekecil-kecil harta hinggalah sebesar-besar harta benda yang kita miliki,itu rezeki...sila ingat!!..itu juga sekadar ujian dan sewaan..bayarlah dengan amalan kebaikkan.Pahala pula menjadi ganjaran.

Dunia ini umpama kita sedang berada di dewan peperiksaan...bertungkus lumus menjawab soalan...namun markahnya akan kita perolehi di akhirat...gagal..gagal...dan gagal...kemudian berjaya...itu biasa..tapi berjaya...berjaya...berjaya...kemudian gagal,,awas pasti ada yang tidak kena..💗Perdu Cinta💗

Kecukupan.Timbulnya kemiskinan,,kefakiran,,bila yang ada-ada memandang yang kurang berada,namun hakikatnya ianya adalah kecukupan.Begitu juga bagi yang tidak punya..akan mengatakan orang itu punya segala..kaya..kerana kita melihat dari sudut pandangan lantaran tidak memiliki seperti mereka yang kita lihat (memiliki kemewahan duniawi).Kita akan mudah dan capat mentafsir dari apa yang kita lihat..ya..timbul perbandingan..sebenarnya bukanlah begitu yang terbaik.

Lempar jauh-jauh.Adakala diri seolah dikuasai emosi..akal seolah tidak lagi boleh membuat pertimbangan dengan wajar..iman yang tipis itu seakan rabak dan ranap..subhanaAllah..ada sesuatu yang mungkin boleh diusahakan..jangan lupa pada satu bahagian lainnya kita mesti akur akan takdir pemberian daripadaNYA.Bukan diri sendiri sahaja wajar diingatkan begitu..malahan setiap daripada kita juga mesti pasakkan diminda seperti itu.
Tidak semua yang kita mahu boleh diperolehi..tapi setiap apa yang ALLAH SWT kehendaki pasti terjadi..Sampai saatnya,pakaian kita sama warna..kita juga bakal menunggu giliran di daerah yang sama..melintasi titian yang sama..rahmat Allah yang tentukan destinasi kita seterusnya..dan di dunia,bukan masanya berkasta-kasta..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. rezeki yang mana kita ya. semoga dapatlah kita umpama ferero

    BalasPadam
  2. Subhanallah, kadang terfikir mahu Ferrero walau mampu biskut tawar je, tapi biskut tawar pun sedap, sebab rezeki halal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...halal...dan paaaaaaling penting rasa syukurkan NA... :)

      Padam
  3. Teringat kata2 ustaz hanafi. Kecukupan setiap manusia berbeza. Kita tgk org makan biskut kering tu miskin padahal dah cukup mewah bg mereka dan mereka berbahagia dan punya masa beribadah. Sedangkan yg makan biskut ferrero rocher tu hanya kaya pada mata manusia tp miskin di sisiNya.
    Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan semoga dengan rasa bersyukur tu dpt dekatkan kita dgnNya. InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat kak....setuju..kecukupan itu bergantung pada diri yang melalui...kadang orang tengok kita ni macam susah sangat...walhal yang melalui rasa bahagia sangat....kerana luaran itu yang sering menjadi penilaian..itu yang timbul banyak andaian... :)

      Padam
  4. sesuatu yg kita milikii ada nilai n kenikmatannya tersendiri n harus dusyukuri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak PI..yang penting syukuri dan gargai sebaik-baiknya :)

      Padam
  5. Assalamualaikum akak.. lama xjenguk akak.. alhamdulillah zizie sihat.. akak sihat? baru zizie faham biskut tawar dan ferrero rocher tu :) btol kata2 akak.. bak kata pepatah, andai kita tak dapat yang diinginkan, Dia memberi apa yang kita perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Zie..sht alhamdulillah :)
      Betul...kerana DIA sangat hebat tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)

      Padam
  6. Ameen raihanah..kalau hari ini biskut tawar..tidak mengapa..mungkin esok ferrero..kerana rezeki itu kita usahakan namun semua dengan kehendak Allah :)

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum.. First time jejak blog nie.. :D
    Kadang2 manusia lupa diri, hanya memandang ferrero rocher padahal biskut tawar itu lagi mengenyangkan.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam :)
      Betul..yang utama apa pun..setiap rezeki disyukuri..

      Padam
  8. betul PC kadang2 rezeki datang dalam pelbagai rupa =)

    BalasPadam
  9. betul PC, Allah sentiasa bg kecukupan pada kita walaupun kita telan tawar ke masin ke... kita sahaja yg rasa tak pernah cukup... Allah YA Muqit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...seadanya itu kecukupan pada kita..kalau kita sentiasa bersyukur insyaAllah semua baik-baik sahaja.. :)

      Padam
  10. Betul lah kak PC . Nadia pun kdg suka buat perbandingan. Bestnya orang tue ,bestnya hidup dia , untung nya dia etc.

    Bila mcm tue rasa mcm tak bersyukur pulak kan padahal hidup dah secukup-cukupnya Allah beri . 😊

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama