Bersangka Baik Itu Perlu

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERSANGKA BAIK ITU PERLU

Batang semalu berduri tajam
Biar begitu cantik dipandang
Jangan disangka tidur biarpun terpejam
Mungkin sedang berfikir panjang

Bila disentuh daunnya kuncup
Itu tanda si semalu malu
Berpada-padalah ketikanya bercakap
Jika tidak mahu dibelenggu malu

Titisan embun menitis dingin
Tidak pula menguncup daunnya
Tidak usahlah berperangai dingin
Banyak mudharat dari baiknya

Tercucuk duri bisanya melarat
Bengkak sedikit jangan dipandang mudah
Diamnya penggali itu berkarat
Jadilah ubi diamnya banyak berbuah

Pandangan mata itu adakala silap..pendengaran kita juga tidak sentiasanya tepat..percakapan kita tidak selalunya betul..sekiranya kita sedar akan hal itu insyaAllah kita juga mudah bersangka baik pada orang lain dan tidak sentiasa mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa pun..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tag : Pantun
13 Komen untuk "Bersangka Baik Itu Perlu"

bersangka baik buat hati lebih tenang sbnrnya :)

Yes!! Husnuzon akan buat hidup kita ceria selalu

Skrg ramai berburuk sanga dari yang baik. Selalu judge pada pandangan pertama tanpa menilai atau selidik di sebaliknya. Semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu.

:) setuju Sally..bukan sahaja diri kita sendiri tenang malah kita boleh tenangkan orang lain juga insyaAllah.

InsyaAllah hati dan fikiran kita juga tenang :)

Betul..cepat membuat kesimpulan yang kurang tepat..sebenarnya kesannya bukan sahaja pada orang lain malahan pada diri sendiri juga.. :)

:) ameen..insyaAllah..betul tu..setiap hari..untuk minda dan hati yang lebih putih.

BERSANGKA BAIK MENYENAGKAN HATI BUANG PRASANGKA

begitu dalam maksud pantun di atas.
blog PC sudah ada di blog list AK.
Thanks for the MOU!

don't judge the book by its cover :)
betul kan?

Bersangka baik mmg byk klbhn dia. Hati pun akan jadi lbh tenang.

Betul sgt.. teringat kata2 dari seorang ustaz, kalau kita bersangka baik Allah pasti melindungi kita, biarpun seseorang berniat tidak baik namun ia tidak mampu memudaratkan kita... subhanallah..

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top