Alahai Susahnya

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Alahai Susahnya
Google Image


ALAHAI SUSAHNYA || Susah senang itu pasangan.Saling bersilih ganti mengambil tempat,dan kita yang melalui dan mengemudinya.InsyaAllah boleh.Mengeluh itu tidak baik..tidak digalakkan pun namun lumrahnya kita ini mengeluh untuk meringkan sedikit tanggungan beban di hati dan fikiran.


Bila kita rasa susah..itu tanda kita sedang berusaha..itu juga tanda Allah sedang pandang kita melalui ujianNYA dengan penuh dan mewah dengan kasih sayang..💗Perdu Cinta💗

ISTIQHOMAH.Berubah itu mudah sama ada dalam kebaikkan atau sebaliknya.Kalau betul caranya,andai cantik bahasanya,sekiranya kena dengan rentaknya hati sekeras tugu pun mampu lebur..fikiran yang sering dangkal untuk menerima pembaharuan kebaikkan juga mampu berubah..subhanAllah.Tapi untuk kekal dalam perubahan kebaikkan itu yang sangat susah..sungguh,,untuk istiqhomah itu besar dugaannya.

SABAR.Sabar...sabar..sabar..biarpun sebut perkataan sabar itu berkali-kali itu belum cukup untuk menyabarkan hati..ianya juga belum cukup untuk tawarkan rasa-rasa yang kelabu dan hitam.Silap-silap yang menyabarkan itu yang hilang sabar.Kesabaran itu hakikatnya ada pada setiap orang..biapun ianya tiada had dan sempadan..namun tahap ianya bertahan berbeza-beza.Untuk lebih memantapkan kesabaran yang kian menipis..sokonglah dengan zikrullah..istighfar..insyaAllah.

MEMPENGARUH.Kebayakkan orang boleh bercakap tapi tidak semua orang pandai bercakap..boleh bercakap dan pandai bercakap itu berbeza.Bercakaplah apa sahaja..ikut suka..kalau tidak untuk orang diri sendiri mendengarnya.Tetapi orang yang pandai bercakap ini lazimnya untuk diri sendiri dan boleh juga menarik orang lain agar timbul rasa tertarik pada apa yang dia perkatakan.Hendak mempengaruhi orang lain itu yang sukar kerana citarasa orangkan berbeza-beza.Gunakan cara KESAT insyaAllah boleh..KEMAHIRAN..SABAR..TAWAKKAL.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Tag : Santai
7 Komen untuk "Alahai Susahnya"

'Sabar' cakap pada orang memang mudah tapi bila nak praktikkan untuk diri sendiri amat payah itulah Mrs. A :-(

memang sukar, tapi itulah hujungnya jadi manis

Benda baik kalau nak buat memang perlukan sabar. Nak tutp aurat? kena sabar pakai tudung labuh, stokin, handsock. Tapi tulah, kalau dah buat baru akan rasa manisnya. Walaupun pada mulanya agak susah dan perlukan kesabaran. :)

Tanda Allah sayang pada kita ialah dia beri kita ujian. Maka bersabarlah 😀

Sabar jerlah untuk menghadap perkara dan dugaan yang mencabar kesabaran kita.

setuju sangat....terima kasih atas perkongsian ^^

jgn mengeluh dgn ujiaan darinya.. itu tanda Tuhan syg pada kita :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top