Tidak Semestinya Ya..Belum Tentu Juga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SEMESTINYA YA...BELUM TENTU JUGA || Alhamdulillah masih lagi diizin Allah untuk kita melunaskan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi ini..syukur👏...Salam Jumaat indah ukhuwah..💖

Teka teki.Setiap hari kita merencana.Ya merencana itu perlu untuk menjadi insan yang bermatlamat dan bermotivasi dengan cita-cita..tidak mengapalah kalau awalnya cita-cita itu dengan menyemai angan-angan..kita usahalah sehabis baik melunas setiap apa yang kita rancangkan..biar pun sesaat kemudian kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku..tawakkal..sekolah pun ada jadual pengajaran dan pembelajarankan..

Teringat kisah anak buah PC
PC : Seronok tak pergi sekolah..
AA (adik) : Ummi,tulang adik macam nak patah la..beg berat banyak buku nak pikul..adik penat..tengok adik dah nampak rangka..👨
AF (kakak) : Eleh Ummi,beg adik,kakak tolong pikul..👩
PC : Dah tu kenapa adik cakap penat...😞 *sambil tengok adik dan kakak*
AA (adik) : Adik penat sebab asyik cakap suruh kakak jalan laju sikit..
PC : Adik penat sebab tu je ke😂😂😲😲😫😖.....kesian kakak dik..*adik angguk-angguk...kakak mata terkebil-kebil...*
*anak buah panggil PC dan suami Ummi dan Abi..moga jadi du'a buat kami*

Keyakinan.Perlu.Rasa was-was itu sentiasa menyertai rasa yakin itu tanpa rasa bersalah.Dan rasa was-was itu juga perlu agar kita lebih bersiap sedia.Curiga.Harus juga ada.Kerana bukan semua yang kita temui jujur belaka dan tidak juga tidak baik semua.Bukan syak wasangka melulu semata tetapi pastikan berasas kukuh juga.

Bila-bila sahaja.Mungkin hari ini kita rasa sudah cukup selesa apa adanya kita..esok mungkin boleh bertukar menjadi sebaliknya.Andai saat dan ketika ini kita bahagia dan gembira..esok mungkin kita sedang mendambakan belas ihsan kaum keluarga dan rakan-rakan untuk mengurus apa sewajarnya.Apa sahaja yang kita sedang usahakan sebenarnya kita sedang memujuk Allah agar meminjamkan haknya kepada kita.Tidak semestinya ya kita perolehi..Sedia maklum..apa yang kita miliki ada yang punya..belum tentu juga dapat kita menikmatinya mengikut rasa sendiri.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Adik trick aje tu kan:)
    Begitulah hakikatnya sebab itu kena percaya Qada' dan Qadar
    Tak selalu yg cantik selamanya cantik
    Yg kaya terus kaya, yg miskin terus miskin
    Yg perlu ada landasan dlm hidup
    Percaturan Allah kita tak tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trick kak..acah2 letih kak.. :)
      Betul kak..dalam hidup ini sangat warna warni...adakala di atas kemudian turun pula...yang penting sentiasa syukur dan ingat sentiasa tiada yg kekal..

      Padam
  2. haha budak-budak kalau jawab mmg kita tak expect jawapan dia macamtu.
    hidup ni macamtu lah. kadang-kadang kita kat atas, kadang dekat bawah. semua tu ujian buat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kita ni btl2 la fokus..simpati..bila jawab macam tu tak tahu nak respon macam mn.. :)

      Padam
  3. Benar.. Apa yang kita miliki pada hari ini tidak mungkin kekal dan apa yang tidak kita miliki pada hari ini mungkin esok milik kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...bila tiada jangan berhenti doa dan usaha...dah ada syukur dan ingat ianya bukan milik kita..

      Padam
  4. Kita sentiasa bersyukur dan berusaha utk jadi terbaik. Mohon kepada Allah SWT supaya kita sentiasa di bawah perlindunganNya. InsyaAllah. Amin. Jalan2x sambil klik sponsor. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..itulah doa sentiasa diminta..moga Allah mantapkan gati kita.. :)
      Alhamdulillah terima kasih sudi menabung..

      Padam
  5. semoga dipermudahkan....

    seronok layan kanak-kanak ni....

    BalasPadam
  6. Comel je adik, penat sampai tinggal rangka. Haha. Kakak pulak memang seorang kakak yang penyayang. Moga keduanya menjadi anak-anak yang solehah. :)

    BalasPadam
  7. Wkmsalam. Rasa was-was itu mengajak kita supaya berhati2 dalam melakukan sesuatu perkara.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama