Sampai Waktu Bertemu Juga

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SAMPAI WAKTU BERTEMU JUGA || Kita sering tertanya-tanya..orang lain juga begitu.Tertanya-tanya dalam banyak hal dan banyak perkara.Kita tidak tahu keadaan pada masa hadapan.Kita boleh mengagak namun belum tentu tepat..kita teruskan usaha biarpun belum tentu dapat..tetapi Allah tidak pernah menolak doa-doa setiap yang meminta-minta tanpa jemu dan lelah.


Sabar.Sabar itu sakit sebenarnya.Namun sabar itu sangat indah kalau kita betul-betul memaknakan kesabaran itu kerana Allah SWT.Mudah menyebut tapi tidak semudah ABC untuk melakukannya adalah sabar kerana semakin kita belajar dan berusaha untuk bersabar semakin itu dugaan bertali arus..kalau tidak daripada hasutan daripada nafsu yang ada pada diri sendiri..dugaan sekeliling juga mempengaruhi.Lantaran itu mengapa besar ganjarannya bagi orang-orang yang bersabar kerana besar juga cabarannya untuk membina dan membentuk kesabaran pada diri.


Sampai Waktu Bertemu Juga
Rezeki hujung minggu..dalam kuali bertemu juga..


Mustahil.Tiada yang mustahil bagi Allah..semuanya boleh berlaku dengan kehendakNYA..yang jauh boleh menjadi dekat..yang asing boleh menjadi akrab..ada yang pelik bagi kita,banyak yang mustahil untuk kita namun kun fayakun Allah itu luas kemungkinannya.Bila Allah mengizin ianya bersatu pasti ada asbab yang perlu dirungkai satu persatu..ambil hikmahnya untuk menjadikan kita lebih menghargai dan berterima kasih dengan takdir.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

20 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bertemu dalam kuali mendatangkan kesedapan. hihi

    BalasPadam
  2. Betul tu.. sabar itu walaupun 'menyakitkan' tapi hasilnya amat manis...

    Lama Cikla tak singgah sini... Apa khabar PC?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cikla..alhamdulillah sihat..biasa-biasa je blog PC ni CikLa..semakin merudup PC rasa blog PC ni..apa pun syukur dengan sokongan kawan-kawan yang tak jemu2 singgah sahaja dan singgah serta tinggal komen :)

      Padam
  3. Kalau buat sotong pedas sikit memang sedap....

    BalasPadam
  4. Berdoa pun perlukan kesabaran
    Namun tak mustahil doa dikabulkan dgn segera
    Tak mustahil juga hingga bertahun tak kunjung tiba

    Makan sotong dan brokoli pun kalau tak digaul dalam kuali tak menjadi nikmatnya
    Kena ada usaha jadikan dia sedap - Bawa sini sepinggan utk kakak hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..adakala hari ini berdoa..bertahun baru makbul..kadang tu cuma gerakkan dalam hati..kalau rezekikan..dapat juga..tidak mengapalag..Allah tahu apa yang terbaik buat kita hambaNYA..
      kan..betul la kak..kena bersilat kat dapur juga baru mejadi ni..hihihihi...boleh kak apa salahnya..reeki kongsi bersama.. :) akak lagi pandai masak macam2.. :)

      Padam
  5. Sabar itu sakit pada permulaan, tapi lepastu inshaAllah akan ada keindahan di penghujungnya. :)

    BalasPadam
  6. betul sangat tu raihanah..itu yang sebenar-benarnya :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih Khamsi Abdullah..sibuk jaga baby ya :)

    BalasPadam
  8. :) alhamdulillah..terima kasih Amy..

    BalasPadam
  9. Sambal sotong ya Noor Azlan..hihihi..pun boleh..kadang PC masak kuning je tapi lebihkan cili.. :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah nikmat yg diberikan oleh Allah Taala :)

    BalasPadam
  11. tak nampak lain.. nampak sotong tu ja. sedapnya.. hehe

    BalasPadam
  12. Sabar tu sakit tapi indah di penghujungnya dan sotong tu sentiasa indah dari awal baca entry ni sampai akhir haha.

    BalasPadam
  13. Patutlah sabar itu separuh dariada iman ye PC....mmg bukan calang calang orang yg boleh bersabar ni...
    Hanya kpd Allah kita berserah dan bersandar supaya mampu bersabar..

    BalasPadam
  14. ingatkan nak bagi resipi sotong brokoli tadi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama