3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEDULIKAN!!..SIKIT PUN MEMADAILAH || Kita tahu,buat baik ganjarannya pahala...pahala itu umpama sahabat yang sentiasa membntu kita di akhirat kelak..jangan lupa,satu lagi yang kita harapkan adalah kasih sayang Allah yang boleh diibaratkan tiket untuk kita bermastautin di
JannahNYA kelak..disamping syafaat Rasulullah SAW untuk kita umat baginda..insyaAllah..ameen..

Istimewa.Kita sangat istimewa.Allah beri kita keistimewaan.Banyak sangat.Cumanya kadang PC sendiri pun macam tamak hinggakan lalai untuk bersyukur..beria menginginkan sesuatu sedang banyak nikmat telah dikecapi..kenapa melupakan 10 nikmat kerana mengejar 1 nikmat yang hanya Allah sahaja tahu bagaimana permulaan dan pengakhirannya.Astarghfirullahalazim.Zalimnya diriku sebagai hamba..

Saling tidak mengetahui.Kita melihat namun kita tidak berada pada satu-satu situasi..mereka memandang tetapi mereka tidak merasai apa yang kita rasai.Nampak tak.Seseorang itu melakukan sesuatu pasti bersebab dan dengan gerak yang telah Allah susun aturkan.Baik contohi.Buruk nasihati.

Cabaran.Pahit.Menasihati mudah..hendak buat yang dinasihati itu mendengar dan mengikut itu berat.Adakala mendengar pun sangat menyeksakan bagi sesetengahnya.Tidak mengapalah..pedulikan!!..sikit pun memadailah..mungkin apa yang kita nasihati tidak berguna ketika ini,siapa tahu satu detik ianya menjadi pedoman berguna.Saat kita tidak lagi hidup di muka bumi ini..dan saat itu moga manfaatnya membantu kita di sana melalui kehidupan yang tidak diketahui bagaimana warna dan ceritanya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 
Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun. 
(Riwayat Muslim)

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 



Post a Comment

  1. Salam..terima kasih diatas perkongsian...betul adakala kita kena peduli, beringat...walau tak banyak sedikit pun memadai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam AS.sama2.Betul..biar sedikit dan kecil asal ada rasa keikhlasan inshaAllah ada ganjarannya.Ameen. :)

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Yang pentingnya ikhlas,
    semata2 mengharapkan keredhaanNya.

    ReplyDelete

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

 
Top