Mencuba..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Mencuba.. || Semangat untuk mencuba itu ada pada setiap insan..mencuba sesuatu yang baru itu tiada salahnya..apa yang menjadi kesalahan bila mana apa yang ingin kita cuba itu  satu yang sememangnya sudah dikategorikan perkara yang salah..jadi kalau dah tahu perkara itu salah..atau perbuatan itu tidak boleh..sila la jangan teruskan..banyak lagikan perkara baik yang boleh kita cuba..

Saat diri diaju soalan
Jangan terus beri jawapan
Fikir dulu atau pun simpan
Takut kelak merana badan

Beri jawapan itu harapan
Dinanti orang penuh pengharapan
Jangan dusta demi menutup kesilapan
Menjawab  kelak dihadapan Tuhan

Galakkan itu umpama tiupan
Tiupan semangat untuk kehidupan
Jangan silap beri galakkan
Takut kita rupanya ejen kesesatan

Janji jangan sembarangan
Janji jangan hujungnya pembohongan
Sesama insan nanti tercipta permusuhan
Tidak berasa takutkah pula dengan Tuhan

Belajar utuk membezakan.Perlu.Tidak semua perkara kita boleh dan hanya mencuba-cuba kerana pada perkara yang hukumnya mendahului kehendak atau keperluan ianya mesti kita patuh dan tunaikan..biarpun dirasakan ianya tidak selesa atau tidak ngam dengan naluri..lama-lama dengan sendirinya hati boleh menerima dengan syarat minta DIA lembutkan hati kita untuk menjadi setaat-taat insan..ingat A itu yang pertama..maka letakkan Allah pada kedudukan yang PALING istimewa dalam kehidupan kita..*boleh..memang susah pada mulanya kerana kadang kita lebih suka sandarkan kebergantungan pada apa yang boleh kita lihat dan sentuh kan..kan..tapi ingat setiap apa yang kita lihat dan sentuh itu ada penciptanya yang wujud walau tidak kelihatan dek pancaindera mata.Gunakan pandangan dalam..mata hati yang disitu adanya keimanan

Dalam urusan agama tiada istilah bersksperimen..ibaratkan suka kau ikut..tak suka kau tinggal..ada masa kau patuh..ada masa kau ingkar sesuka hati..dengan sengaja..*tidak sengaja dan meninggalkan disebabkan tidak tahu lain hukumnya*..kerana biarpun Islam itu bukan agama yang menghukum..tapi ianya agama yang mempunyai hukum..berhati-hati saat beralasan.

Pergi pasar beli ciku
Ciku kacuk besar buahnya
Selamat berhujung minggu
Moga sentiasa bahagia dan ceria

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 







Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
paridah
AUTHOR
February 19, 2017 at 11:57 AM delete

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DGN CERIA...PC

Reply
avatar
February 19, 2017 at 12:28 PM delete

Wkmsalam.
Setiap kita memang tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Cuma keputusannya ada dalah hati kita.

Reply
avatar
February 19, 2017 at 6:03 PM delete

Kita smua kena pndai beza mna yg kita mampu dan x. Kita jgk da dkurniakn akal utk bezakn mne yg baik dan buruk. Hrap kita tak tersilap wat kptsan.

Happy weekend PC.

Reply
avatar
Irda Garmin
AUTHOR
February 19, 2017 at 10:57 PM delete

agama bukan menghukum,tapi ia ada hukum,tersenyum irda dengan bait baris ini,terima kasih atas nukilan yang indah ini pc..salam hujung minggu,dan esok hari baru irda bermula..semoga setiap hari kita lebih baik dari hari sebelumnya.SALAM ukhuwah pc...

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
February 19, 2017 at 11:02 PM delete

Terima kasih di atas nasihat kak PC. Kita memang kena tahu mana yang baik dan buruk.
Takut juga kalau tersilap langkah.

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
February 20, 2017 at 11:18 AM delete

Jangan takut untuk mencuba, kadang2 kita cuba perkara yang salah, terlajak, kemudian ambil pengajaran dan jangan ulanginya lagi...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 20, 2017 at 12:03 PM delete

Betul tu Pakcik WP..adakalanya tersasar juga hati..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 20, 2017 at 12:04 PM delete

Betul...yang sering tewas antara nafsu dan akal..nafsu dan iman..
Hye...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 20, 2017 at 12:05 PM delete

Moga setiap langkah Irda disertai keberkatan..kegembiraan dan kasih sayang Allah SWT..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 20, 2017 at 12:07 PM delete

Adakala kita cukup menjaga tapi Allah ingin menduga..kita buat sebaik-baiknya moga ALLAH ada sentiasa bersama.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 20, 2017 at 12:08 PM delete

Betul..daripada kesilapan itu kita belajarkan..dan jangan ulangi kesilapan itu..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 20, 2017 at 2:10 PM delete

Betul tu... mencuba ni bagus sebenarnya, tapi kalau yg bersalahan tu sebaiknya dijauhkanlah. T kasih atas peringatan ini PC :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon