Kecil Tapi Besar Gegarannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KECIL TAPI BESAR GEGARANNYA || Seharian banyak bentuk bantuan yang kita perlukan biarpun sekadar di dalam rumah sahaja..kaum wanita..isteri,,ibu khasnya sering bersahabat dengan api..berkawan dengan air..bermain dengan pisau..dan lain-lain keperluan..api itu kecilnya kawan besarnya lawan..air itu sedikitnya kita harapkan..banyaknya tidak tertawan..biarpun awak juara renang..tidak mustahil dengan kehendak Allah awak tumpas juga..

Jangan diambil mudah.Ada orang hal yang kecil dianggap besar.Ada juga hal yang besar diandaikan kecil.Nampak tak cara setiap orang mengemudi permasalahan itu sangatlah berbeza-bezakan...kan..tidak kisahlah asal hujungnya yang tersimpul terlerai..yang koyak berjahit..yang putus tersambung semula..

Usahalah menyambung.Bila elektrik tertunggak 3 bulan..bekalan api dipotong..pergi TNB..bayar..selesai..tak sampai 24jam terang semulalah rumah kita..begitu juga bekalan air..kalau meternya dicabut..pergilah terkedek-kedek bayar..sampai kaunter semyum simpul sikit..insyaAllah nanti adalah yang datang sambung dan pasang semula meter tu..itu mudah..bagaimana kalau silaturahim yang terputus..atau sengaja kita putuskan..ini parah..jangan main-main..memang seperti tiada apa-apa...tetapi,,dan hakikatnya...


Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, 
Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Jangan biarkan silaturahim yang renggang itu menjadi asbab terhalangnya kita untuk menjadi penghuni syurga..kadang kita pandang sepi perkara ini kerana kita tidak berasakan ianya memberi kesan yang besar pada masa kehidupan yang kekal selamanya

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
February 16, 2017 at 10:01 AM delete

Ibarat mendidik anak dari kecil sampai besar.
Masa kecil senang nak timang-timang bila dah besar nak angkat pun kita yg terduduk hihi..
Tapi andai timangan diberi cukup keikhlasan sampai besar ikatan akan terus erat
Usah berkata masih kecil nanti tunggulah sebab dah besar susah nak dikawal macam juga api dan air yg PC katakan itu. Mengawal yg kecil lebih mudah dari yg dah besar.

Lebih dahsyat jgn kerana silap langkah menjadi penyebab kita terhumban ke neraka - na'uzubillahiminzalik.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 16, 2017 at 2:18 PM delete

Betul kak...sedari kecil di bawah jagaan ibu bapa..acuan yang dah diberi cukup baik..bila dewasa adakala berubah arahnya..jangan dibiarkan..bimbinglah semula..pandulah lagi...tapi kalau sedari awal tertib caranya insyaAllah molekpenyudahnya..

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
February 16, 2017 at 3:33 PM delete

Silaturrahim kalau putus dan dua2 ego, susah nak pulih....

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 16, 2017 at 9:53 PM delete

Betul..salah satu kena mengalah.. :)

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
February 16, 2017 at 11:30 PM delete

Nasihat yang bagus kak PU. Terima kasih, saya akan cuba ingat sentiasa nasihat ni hehe.

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
February 17, 2017 at 4:58 AM delete

Hmm.. takut pula kerana hubungan yang pudar di dunia ini dipandang ringan, tapi berat akibatnya di sana kelak. T_T

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
February 17, 2017 at 9:14 PM delete

sama dengan perbuatan yang dianggap biasa walhal berdosa besar.

Reply
avatar
February 18, 2017 at 2:37 AM delete

jgn tangguhkan perhubungan yang bergitu lama hilang hanya kerana ego.. hmm. besar padahnya.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon