Berpada-padalah..Sepastinya adalah DIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERPADA-PADALAH..SE"PASTI"NYA ADALAH DIA || Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali..kalau mana yang sudah tersilap langkah..dah terlanjur baik perbuatan,percakapan atau apa sahaja,,jangan pernah fikir tiada lagi peluang untuk perbaiki diri..ingat!!Allah tidak kejam..tidak zalim..bangkit..perbaiki semula diri..dekati DIA dan istiqhomah dalam kebaikkan..insyaAllah.

Lebih baik banyak kali berfikir.Berfikir itu tidak salah..fikir sedalam-dalamnya.Ada yang mungkin pertimbangkan lebih kurang kemudian membuat keputusan,ada juga yang memerlukan masa yang panjang untuk memberi kata putus,terpulanglah pada masing-masing kerana impaknya setiap keputusan itu tidak sama pada setiap individu walaupun keputusan yang bakal diberikan pada perkara atau permasalahan yang sama.Kerana setiap kita ada kemampuan yang berbeza-beza.Abaikan kata-kata nista dan dusta.

Sesempuranya kejadian dan ciptaan.BERSYUKUR.jangan kufur nikmat takut-takut Allah ambil semula setiap nikmat yang dipinjamkan tanpa kita sedari...

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Surah At Tiin
Ayat 4 hingga 6

Seadanya dan keinginan.hari pertama dilahirkan ke dunia,ya itulah seadanya kita.Hingga seusia kini ini juga seadanya kita.Alhamdulillah.Keinginan itu ada pada setiap makhluk,kucing walau tidak berakal tapi tetap ada keinginan,,kalau tidak masakan musim hujan pun sebatu dah dengar si jantan merayu-rayu manggil si betina..kalau dapat sambutan memberangsangkan sila tunggu 3 bulan kemudian dapatlah tengok warisnya..😂..huhu..apatah lagi manusia yang berakal..pasti punya pelbagai keinginan..sama ada mampu atau tidak sahaja untuk memenuhi keinginan tersebut.Berubah kepada yang baik-baik itu gigalakkan,tapi mengubah sesuatu itu perlu lebih berhati-hati kerana ada hukum yang mesti kita teliti.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon