Benar-benar Bahagia Itu Apabila..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BENAR-BENAR BAHAGIA ITU APABILA.. || Persepsi orang lain-lain.Betul tak.Kalau letak satu barang susun 4..5 orang..minta mereka buat tafsiran pada barang tersebut..pasti 4..5 versi kita boleh dengar.Kalau setiap pandangan dan citarasa orang itu sama..tiadalah kritikan..tiadalah viral di sana sini..tidalah kutukan..cemuhan dan kata mengata di mana-mana.Mengapa begitu..ya kerana mereka atau diri kita sendiri berasa bahagia melakukan apa yang dirasakan memberi kebahagiaan.Berbahagialah semua kerana Allah masih lagi menghidupkan kita pada hari ini..saat ini..alhamdulillah.Salam Jumaat semua.. 😁

Mempesona.Siapa yang tidak terpesona dengan indahnya dunia.Sangat indah.Bukan salah dunia kalau kita sendiri hanyut di dalamnya,kerana dunia ini sememangnya gelanggan untuk kita menjalani ujian dan penilaian bagi kehidupan yang kekal di akhirat kelak.Memperdaya,diperdaya dan terpedaya itu mainan dan rencahnya.Siapa yang kental iman dijiwanya insyaAllah molek-molek sahaja..jika dirasakan ada lubang di mana-mana..jauhi dan berpaut dan bernaunglah pada madrasah yang boleh menarik dan mendekatkan kita pada Pencipta.

Benar-benar bahagia itu apabila..

Surah Al Qamar ayat 54
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
Surah Al Qamar ayat 55
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.

Surah Al Qamar | Ayat 54 dan 55

Kerdil.Sedangkan terpercik setitik minyak panas pun kita sudah menjerit.Terjirus air panas apatah lagi..membuatkan kita menangis menahan pedih..justeru itu..mampukah kita untuk menjadi bakaran dalam api yang menjulang-julang maraknya..subhanAllah..sungguh kita tidak mampu..sungguh-sungguh tidak berdaya..Allah,bantulah kami untuk menjadi penghuni syurgaMU..lancarkan lintasan kami di titianMU.Bratkan timbangan pahala kami.Kurniakanlah rahmatMU kelak..ameen..ameen..ameen.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tag : Ilmu, Santai
24 Komen untuk "Benar-benar Bahagia Itu Apabila.."

InsyaAllah.... Jika kita berusaha mencapai apa yang dikehendaki sebagai hamba, InsyaAllah ada harapan kebahagiaan di akhirat nanti... Amin...

Sedangkan dua mata dan satu hati Allah bagi sama buat kita semua tapi bila membuat penilaian setiap kita tak sama kan. Mungkin ada yg kata dia kebal dgn hamburan api panas atau berjalan di atas bara tapi panas api neraka Allah tidak ada tolok bandingnya yg semua kita tak tahu lagi. Gambaran sudah diberikan - oleh itu semampu boleh buat yg disuruh tiggal yg dilarang.

bahagia itu subjektif sebab rezeki yang Allah bagi berbeza-beza. Yang penting kita bersyuku

Allahu Akbar sungguh mendalam sekali makna kata-kata kak PC..

bahagianya bila hati ini tenang..

Bahagia itu subjektif sifatnya bergantung kepada individu itu sendiri.



Kita manusia hanyalah insan yang kerdil. Tidak ada apa2 melainkan dgn pertolongan dan izin Allah.

kita ditempat di peringgahan dunia ini untuk kutip pahala sebanyak yg mungkin.. bertujuan untuk mencapai bahagian yang sebenar di akhirat kelak. insyaAllah kita semua di kalangan orang-orang beriman dan bakal ditempatkan di syurga.

sesungguhnya Syurga adalah tempat paling bahagia.. <3

Subhanallah, terima kasih kata ingatan. Bahagia dunia macam teaser je, bahagia sebenar di akhirat kelak. Hidup cuma satu persinggahan mencari tiket ke syurga.

Ameen..ameen..ameen...insyaAllah..moga apa sahaja kebaikkan yang kita lakukan Allah terima...menjadi tiket untuk kita mudah di sana kelak..

Betul kak...harap sangat diri sendiri tahu beza baik buruk..dan harap sangat juga semua bijak memilih jalan2 dan lorong2 yang mendekatkan pada DIA sentiasa..

Rezeki,bahagia,cantik sangat subjektif...betul..yg utama syukur dengan percakapan,perbuatan dan hati.

Betul..bagaimana individu itu mentafsirkannya..

Betul Ana..kita sekadar pelaku dan perantara..semua dengan kehendak dan izinNYA.

Ameen..betul tu...selagi mana kita tidak menduakanNYA selagi itu kita akan tetap ke syurga pada hujungnya.Moga setiap kebaikkan yang kita buat..pahala itu dapat membantu kita agar tidak terjerumus ke lembah azab.

Betul...akhirat matlamat akhir..untuk kita semua..bagaimana wajah kita kelak usahakan daripada dunia lagi..

Alhamdulillah terima kasih Syikin..

Betul tu raihanah..penilaian masing2.

Bila hati tenang nak beribadah pun lapang fikiran kan cikgu AK.

Wkmsalam.
Marilah kita kejar bahagia di dunia
dan mohon bahagia di akhirat.

mudah-mudahan kita menjadi hamba yang dirahmati untuk menikmati syurganya nanti

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top