Anjakkan Empat Alam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum..

ANJAKKAN EMPAT ALAM || Musim panas,musim salji,musim luruh,musim bunga..itu di dunia..dapat menikmatinya walau sekadar buatan manusia pundah cukup teruja apatah lagi yang berpeluang melancong pergi merasai sendiri musim-musim ini secara semulajadi..subhanaAllah..lagi bergandalah rasa terujanya..moga ianya menebalkan lagi rasa syukur pada diri kita.Itu cuaca,,yang melibatkan musim..bukti kekuasaan Allah..mungkin tidak semua daripada kita berpeluang menimba pengalaman itu..

Alam rahim.Alam yang pertama kita huni adalah alam rahim..alam yang penuh dengan kasih sayang..alhamdulillah..9 bulan 10 hari..atau mungkin lebih daripada itu..atau juga kurang daripada jumlah itu..kita bersama-sama ibu walau ke mana sahaja..subhanaAllah..siapa pun ibu kita,bagaimana kita dilahirkan..bersyukurlah..sangat besar nikmatnya.jangan pernah pinggirkan ibu..ibu..ibu dan ayah kita dalam setiap doa yang kita mohon kepadaNYA..sama ada mereka masih ada atau tiada lagi di dunia ini. 

Alam dunia.Seperti mana kehadiran kita sentiasa dinantikan sedari alam rahim,begitu jugalah betapa terujanya ibu ayah dan keluarga menanti-nantikan kehadiran dan kelahiran kita dalam kehidupan mereka..detik pertama bermulanya riwayat kehidupan makhluk yang bergelar manusia..sama ada di dalam jiwanya itu insan atau sebaliknya.Terbuka luas pentas untuk memainkan watak dan madrasah untuk mentarbiah diri.

Alam kubur.Saatnya pasti akan tiba.Mati itu pasti.Sangat pasti untuk yang bernyawa(hidup).Bila,bagaimana dan di mana itu hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.Alam dimana terputus segala-galanya kecuali tidak terputus kepada si mati dengan asbab meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa berbuat baik sama ada masih hidup atau telah mati kedua ibu bapanya,ilmu yang bermanfaat yang diamalkan berterusan kepada yang memanfaatkannya dan..sekiranya si mati dihidupkan kembali apakah amalan yang akan dilakukan......iaitu sedekah jariah.

Alam akhirat.Bagaimana pembawaan kita di sana kelak..bergantung bagaimana kita hari ini..saat masih hidup di dunia ini..setiap daripada kita pastinya sangat berbeza-beza..kita hanya akan tahu bila saatnya tiba kelak..satu..mohon sentiasa agar Allah bangkitkan kita di sana kelak dengan wajah yang paling bercahaya berseri-seri,,dalam keadaan yang paling indah juga paling pantas melintasi titian siratalmustaqem..Moga neraca Al Mizan itu memberatnya pada kebaikkan..moga juga buku hisab itu dihulur daripada sisi kanan..subhanaAllah.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

23 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allahuakbar... Thankz kak PC kerana mengingatkan 4 alam ini..

    BalasPadam
  2. 4 musim tu belum tentu dapat dilalui...tapi 4 alam itu pasti akan kita lalui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...pasti..4 alam yang akan kita lalui.. :)

      Padam
  3. Empat alam berbeza, bertuhankan yang satu, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali... Moga semua mendapat rahmat dariNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen...ameen..ameen..moga setiap perjalanan kehidupan kita sentiasa dengan kasih sayangNya :)

      Padam
  4. Apa yg pasti yg dlm apa jua hal setiap yg bermula akan berakhir
    Musim panas/sejuk/bunga dsb semua akan berakhir juga
    Musim buah pun sama. Musim hujan juga sama
    Bermakna kita yg hidup ni juga sama.
    Kullunafsin zaa iqotulmaut - Setiap yg hidup pasti akan merasai mati

    TAPI - Yg pasti alam akhirat alam yg kekal tidak akan ada pengakhirannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...di akhirat nanti tiada penghujungnya..tiada pengakhirannya juga..kita hidup berdasarkan aoa yang kita usahakan sekarang.. :)

      Padam
  5. salam pagi selasa mkcik PC tuuuh.,

    BalasPadam
  6. LANGKAH KITA MELEPASI ALAM SATU PERSATU HINGGA DESTINASI ALAM TERAKHIR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga allah bantu dalam setiap langkah kita kan kak..ameen :)

      Padam
  7. semua manusia sudah dan akan menempuh 4 alam itu...
    semoga mendapat rahmat dr Ilahi...aaaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..ameen...betul tu kak...tiada yang terjecuali dengan izinNYA :)

      Padam
  8. as-salam pc..
    perkongsian yg menarik.
    mengingatkan kepada saya juga.
    terima ksih..

    BalasPadam
  9. 4 alam di dunia vs 4 alam ghaib, masya Allah...trmkasih mengingatkan

    BalasPadam
  10. Salam kembali wak tiga lalat tuuhh :)

    BalasPadam
  11. Kita dah melalui 2 fasa ye PC...bila bila masa aje kita akan berpindah ke fasa 3 pulak huhh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama