Tidak Semestinya Dengan Kata-kata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tidak Semestinya Dengan Kata-kata
Google Image

TIDAK SEMESTINYA DENGAN KATA-KATA || Bicara..sinonimnya dengan mengeluarkan kata-kata..mestilah bersuara barulah boleh di dengari dan difahami..

Tidak semestinya menggunakan kata-kata untuk menunjukkan apa-apa reaksi..baik daripada kita untuk orang lain..atau daripada orang lain kepada kita..💗Perdu Cinta💗
Tidak semestinya begitu..adakala lantang bersuara tidak memberi apa-apa kesan pun pada orang lain..dibenci lagi ada..bergantung juga dengan apa yang ingin dan cuba disampaikan.Oleh itu,nak menyampaikan perlu ilmu juga walau tidak banyak.

Keyboard worrior..baik buruknya ada dititik ini..keyboard worrior tidak bersuara dengan lidah mulut dan bibirnya..tapi meluah dengan jari jemarinya..dari mata..hati kemudiah jari mennyusun rentak di papan kekunci..ya begitu jugalah natizen-natizen..jangan segera melatah kerana tidak semua keyboard worrior itu membawa perkhabaran dusta dan sia-sia..ramai sahaja daripada mereka ini yang memberi maklumat untuk kebaikkan sejagat.Sebenarnya terpulang kepada kita pilih yang mana.

Padang dan belalang.."Lain padang lainlah belalangnya"..perumpamaan ini boleh terjemahkan untuk membayangkan kita juga sebagai manusia ada rentak mamsing-masing dalam pembawaan diri.Diam itu boleh diertikan sebagai marah,sifat dan tabiat atau isyarat..hadiah..boleh dianggap tanda ingatan,ganjaran atau mungkin kelaziman.."Hanya jauhari yang mengenal manikam"

Tanpa berbicara..sekeping nota kecil yang ditinggalkan itu juga mampu menyampaikan pesanan dan arahan..tidak mustahil juga secebis nota ringkas itu mampu membuat penerimanya tersenyum atau menangis..apa yang paling penting apa pun kaedah yang digunakan,setiap apa yang ingin disampaikan itu mampu dihadam sebaiknya oleh pihak yang disasarkan..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
January 18, 2017 at 8:35 AM delete

Kita tak tau kata -kata kita tue sedalam mana dia pergi dalam diri seseorang kan. Sebab tue kata-kata lagi tajam dari mata pedang.

Reply
avatar
January 18, 2017 at 11:22 AM delete

Sama juga dalam hal mencegah kalau tak mampu dengan mulut ada banyak cara sehingga kalau tidak mampu dgn tangan dgn hati pun boleh - doa kita mohon padaNya.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 18, 2017 at 3:19 PM delete

Betul..kerana penerimaan stip orang perbeza..sebab itulah kadangkala apa yang kita anggap guraun itu tapi serius pada orang lain..dan ada masa kita serius dianggap gurauan pula pada individu lain..wajarnya berhati-hati semasa bercakap :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 18, 2017 at 3:22 PM delete

Setuju kak..betul la tu..sebenarnya Doa satu kaedah yang paling dan sangat selamat..sebab hanya kita dan Allah..dan andai doa-doa kita Alah makbulkan kepada yang ditujukan..ianya memberi kesan baik juga pada kita semula :)

Reply
avatar
January 18, 2017 at 4:55 PM delete

cara atau sesuatu pendekatan sgt memain kan peranan penting... setuju, x semestinya dgn kata kata utk menunjukkan reaksi. =)

Reply
avatar
Kakcik Nur
AUTHOR
January 19, 2017 at 5:40 AM delete

Kadangkala lain yang kita maksudkan melalui penulisan, lain pula pemahaman orang yang membaca...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 7:34 AM delete

Yang ditakuti..lain nak disampaikan lain pula penerimaan orang...itu yg risau..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 7:36 AM delete

Hehe..betul sebabnya PC pun alami perkara yang sama kak..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon