Suburkan Rasa Ghairah Itu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Suburkan Rasa Ghairah Itu
Google Image

SUBURKAN RASA GHAIRAH ITU || Berdebar sebenarnya PC hendak menggunakan perkataan yang agak sensitif ini "ghairah"..ya rasanya ini pertama kalinya PC mencuba..subhanaAllah..sebelum apa-apa jom kita lihat dulu difinisinya ok..

GHAIRAH bermaksud kemahuan hati atau nafsu berahi yang kuat ; penuh minat atau penuh perasaan-SUMBER
Bukan semudah itu adik..semasa PC masih lagi bekerja,PC dikelilingi ramai adik-adik yang masing-masing sedang untuk memasuki fasa berumahtangga.Alhamdulillah.Bertunang dan seterusnya hingga menghalalkan hubungan itu dengn restu keluarga.Mungkin dikalangan mereka PC antara kakak yang umur  tidak begitu jauh bezanya soalan yang sering ditanya,"kak seronok tak kahwin?"..PC tidak pernah anggap mereka terlalu ghairah tapi punya naluri ingin tahu..

Perkahwinan bukan satu matlamat untuk berasa ghairah melempiaskan nafsu antara suami isteri semata-mata..ya,ianya keperluan dan ianya kehendak untuk mengembangkan zuriat keturunan..TETAPI hakikat yang sebenar perkawinan itu perkongsian bagaimana dua insan yang saling tidak mengenali dan dari latarbelakang yang berbeza berusaha untuk hidup bersama.Bagaimana setelah menjadi suami isteri bersungguh memperjuangkan dan mempertahankan kebahagiaan rumahtangga yang terlalu besar dan banyak ujiannya.Saling memberi semangat ketika kesusahan,saling mengelap air mata saat kesedihan..di dunia tanggung..di akhirat jawab..💗Perdu Cinta💗

Semangat yang tinggi.. bukan mudah untuk mencapai apa yang dihajati..kalau pun tiada ujian daripada sekeliling,kadang-kadang ujian itu datang daripada diri sendiri..malas,tidak bersemangat atau mood "hangat-hangat tahi ayam"..sekejap sahaja panasnya..beberapa detik sepi..eh jangan tidak tahu PC pun kadang ada sindrom sebegitu..sila jangan dicontohi ya..tak bagus.Apabila mula sedar,panaskan enjin semula bismillah dan jangan pandang belakang..melangkahlah satu per satu inshaAllah Allah bantu.

Rasa ghairah yang warna-warni..PC lebih suka memaksudkan ghairah ini semangat yang super power.Ada yang bila nampak buku dia punya semangat lain macam..ada pula bila nampak kasut..fuhh peluh ketiaklah siapa yang ikut dia..itu belum yang pantang lalu depan kedai makan dan seangkatan dengannya...asal nampak makanan..siap sedia..💖💖..muka pucat pun boleh merah macam pakai blusher 2 tong..hahaha..tak apalah..asal berpada-pada dan bersederhana.Alhamdulillah.

Saat azan berkumandang..itu seruan untuk kita ummat sejagat..bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah mendengar azan dengan ketenangan.Ya suburkan rasa ghairah itu..ghairah untuk lebih mengenal dan mendekati DIA MAHA PEMBERI..PENTADBIR SEKALIAN ALAM..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah 
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
January 12, 2017 at 9:12 PM delete

Ghairah dalam perkara kebaikan itu bagus kan.. cuma ramai yg salah tanggap perkataan tu

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 12, 2017 at 9:41 PM delete

Betul, kerana fokusnya pada sudut yang lain...walhal luas maksudnya.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon