Cantik Sangatlah Tu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CANTIK SANGATLAH TU.. || Sedap didengar belum tentu baik akibatnya..kurang enak didengar pula tidak semestinya tidak membawa apa-apa manfaat kepada kita..ibaratnya,"yang pahit jangan terus dibuang,,yang manis jangan terus ditelan"..

Berpada-pada..bila lama tidak jumpa..eh,kadang hari-hari jumpa pun perangai serupa.."kau nak pergi minum kan..kan..kan..cantik sangatlah tu.."...sesekali itu tidak mengapa selalu tidak usah diamalkan..ya kita perlu peka pada situasi orang lain juga.."kedekut?"..adakala perlu lebih-lebih lagi apabila ada keperluan yang perlu kita penuhi..wahai teman,belajar untuk memahami..kita tidak tahu apa yang sedang sahabat kita lalui..mungkin dia tidak pernah mencanang tidak bermakna dia tiada perancangan..

Belajar mengecilkan..mengecilkan bukan memperkecil-kecilkan ya..jauh sangat maksudnya..tapi ingat tidak semua perlu dikecilkan..pada sesetengah perkara ianya sangatlah perlu..contoh bila ada promosi jualan murah..wah cantik sangatlah tu..berhuhuhuhuhuhuulah ya...hehehe..harga runtuh ke..cuba kecilkan nafsu untuk ambil tahu kecuali pada barangan yang perlu..cuba juga kecilkan peruntukkan agar dapat lakukan simpnan melebihi perbelanjaan..walaubagaimana pun,dah kalau sememangnya sangat berkemampuan tiada masalah.silakan..

Untuk mengubah satu kelaziman itu bukan satu perkara yang mudah..lebih-lebih lagi untuk melakukan suatu yang kurang digemari walau hakikatnya untuk kebaikkan..💗Perdu Cinta💗
Cantik Sangatlah Tu
Google Image

Teguran dalam pujian..masyarakat Melayu sejak zaman berzaman memang sangat mewah dengan pepatah yang indah-indah..madah pujangga yang lemak manis lagi sangat berkrim bila diungkapkan..yang mendengar?..ha bergantung pada penerimaan masing-masing..mungkin kalau tepat panahannya ada yang masuk bilik tutup muka dengan bantal dipenjuru katil..tepatlah tu💘..ada yang sampai naik lebam bibir ulang cakap macam tak terkesan langsung,,fuh kebal nih..hati kering orang cakap😰..balik-balik yang cakap sakit hati berganda-ganda..apa pun bukan satu perkara mudah untuk menegur satu kesilapan itu agar tidak diulangi lagi..sebaik-baiknya tegurlah dalam pujian..tidak menyakitkan,tidak juga mengaibkan tapi impaknya berpanjangan dan berterusan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
paridah
AUTHOR
January 19, 2017 at 11:36 AM delete

TEGUR ORG DULU2 KIAS BERLAPIK N LUNAK BAHASANYA

Reply
avatar
January 19, 2017 at 11:43 AM delete

Wkmsalam.
Budak2 sekarang kena cepat ditegur kalau lakukan kesilapan supaya tidak berulang.
Tegut derect aje sebab mereka tak faham kias mengkias ni.
Cuma kenalah tegur secara lembut dan berhemah.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 12:23 PM delete

Betul Pakcik..cuma yang menegur kena bertabah hati sebabnya anak-anak sekarang sangat cerdik..kadang yang kita tegur tak habis lagi..kita pulak ditegur semula..kadang tu sampai keliru sebenarnya siapa tegur siapa ni...dan kadang pening siapa yang buat silap sebenarnya,,hihihihi :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 12:26 PM delete

betul kak PI...kadang tegur lembut,,berlapik..senyum..tapi cepat difahami...walau lembut dan berlapik yang dengar kecut perut..hihihi :)

Reply
avatar
January 19, 2017 at 12:28 PM delete

Dalam apa pun hal mudah kata kena fikir berkali-kali sebelum terlanjur.
Apa lagi dalam hal mengecilkan apa yg perlu, termasuk dlm hal menegur dan menyapa samalah juga.
Jgn sampai ada yg melenting dek kerana tak faham..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 12:34 PM delete

betul kak..salah faham itu besar impaknya...kerana itu ada ketikanya sekadar memandang itu lebih baik dan diam itu lebih indah..kerana tidak semua boleh menerima pendapat..tidak semua juga mudah untuk memahami.. :)

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
January 19, 2017 at 6:35 PM delete

Kadang2 siqah tak tengok pun online shopping, instagram, fb semua, tapi bila kawan cakap jadi tertarik pulak. Terus shopping. Aigoo ~ tahun ni tahun menyimpan duit. Harap boleh lakukan :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 19, 2017 at 7:32 PM delete

Hihihihi...boleh je nak shopping Siqah..asal berpada-pada..sesekali tak jadi masalah...ooo mesti boleh,yakin boleh..Siqah boleh :) amin.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 20, 2017 at 9:00 PM delete

Bagus perkongsian ini... subhanallah... t kasih PC :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 21, 2017 at 8:32 AM delete

SubhanaAllah...terima kasih Bro KK.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon