Sanggupkah..Setelah Meludah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Sanggupkah..Setelah Meludah..
Google image

SANGGUPKAH...SETELAH MELUDAH || Selalu dengar di televisyen..dan selalu juga dipesan.."makan boleh sembarang makan..makanlah asal halal dan suci..tapi cakap jangan nak sembarangan cakap"...."terlajak perahu dik awak boleh la perlahan-lahan kayuh berpatah balik,,terlajak cakap dik binasa jawabnya.."..nampak macam alah pepatah biasa..macam juga tidak ada apa-apa..ibaratnya relax la..chill beb..chill..sekali kena cili baru tau..mencecet terjun dalam tempayan,,ingtkan penuh air,rupanya penuh pekasam ikan sepat..😅

Besar pengaruhnya..kata-kata itu doa..walaupun lintasan pada hati yang paaaaling dalam..ianya tetap doa..sebab itulah kenapa diam itu lebih baik..diam tu jangan la sambung ngumpat dalam hati..dosa juga..maksiat hati juga*eh tapi yang ini PC pun tak terlepas buat ya..ya PC ngaku..niatnya tidak mahu mengeruhkan keadaan jadi kalau terasa hati,,atau rasa tidak puas hati PC bisik sahaja pada diri..masa inilah ber'skipping' syaitonirrajim..nak tenang PC bakar syaironirrajim dengan istighfar*

Pengaruh yang luas...persekitaran memainkan peranan penting untuk berubah dan boleh juga mengubah diri seseorang..kalau kita rasa tidak kuat untuk terus bertahan dalam kebaikkan..jarakkan diri...dan bila kita rasa cukup teguh untuk mengubah sila teruskan jihad itu..adakala kita sendiri boleh hanyut..ada masa kita boleh selamatkan orang lain yang hanyut..

Apa pun yang keluar dari mulut kita..yang terbisik pada hati kita besar impaknya baik pada diri sendiri mahupun pada insan-insan disekeliling kita..bercakap itu umpamanya kita meludah..mudah,ringan,santai..tapi kesannya adakala tersangat sukar untuk ditanggung..sanggupkah kita jilat semula walau ludah sendiri..🍒Perdu Cinta🍒

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
December 29, 2016 at 8:51 PM delete

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. kena beringat2 dalam berkata2 kan PC :D

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
December 29, 2016 at 9:04 PM delete

Beringatlah sebelum mengeluarkan kata2 tambah2 yang negatif, sebab hati yg terluka bukan senang nak diubati..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 29, 2016 at 9:34 PM delete

Tepat..takut menjadi dendam..mungkin penerimaan setiap orang tidak sama.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon