Hujung Minggu Mencuci

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


HUJUNG MINGGU MENCUCI || Selain cuci pakaian kotor..pinggan mangkuk kotor..berus lumut-lumut halus yang mula membiak dalam bilik air walau kerap diberus tu ha...cuci apa lagi...cuci mata..cuci hati..hihihi..

Hujung minggu mencuci
 🍓Santai 18 Disember 2016(Ahad)🍓
Teluk Batik,Lumut Perak

Sedarkan diri yang begitu kerdil...jauh perjalanan luas sedikit pemandangan yang dapat kita lihat...melihat segenap penjuru dengan lebih mendalam dan lebih terbuka..terbuka minda..terbuka hati...melihat alam ini secara tidak langsung kita dapat menyedarkan diri...ingatkan diri agar sentiasa bersyukur selalu...bukan hanya kita yang hidup..yang bernafas..yang memerlukan oksigen..bukan..sebaliknya kita sentiasa berkongsi..saling bergantung satu sama lain..dan pergantungan paling utama adalah kepada DIA yang SATU..ALLAH SWT.

Melihat bukan sekadar membuang pandang..bila kita tertarik pada satu-satu perkara atau objek itu..ya..kita akan terus memandang dan menghayati..sesiapa pun begitu..adakah cukup sekadar itu itu ada yang perlu kita ambil tahu dan menjadikan ianya amaran pada diri..sungguh,,sesuatu itu tiada yang sia-sia bila Allah izin sesuatu itu berlaku..oleh itusekecil mana pun peristiwa yang berlaku baik pada diri sendiri atau pun insan disekeliling kita..gali sedikit untuk mendapatkan pengisiannya.

Lautan indah terbentang luas
Pepasir halus mesra ditelapak kaki
Sederhana rupa berbudi tulus
Sekadar biasa dipandangan mata namun senang dihati

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
December 19, 2016 at 5:01 PM delete

lautttt.... bestnya kalau tengok sunset...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 19, 2016 at 7:51 PM delete

Cik Nur
Betul...indah pemandangannyakan :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 19, 2016 at 7:53 PM delete

Alhamdulillah terima kasih Faizah..sikit2 boleh la Faizah..Faizah pun boleh berpantun juga tau :)

Reply
avatar
December 19, 2016 at 10:19 PM delete

Subhanallah cantiknya pemandangan sunset 😍

Reply
avatar
December 20, 2016 at 2:35 AM delete

ya Allah. busyra suka gila pantai.. dlu masa study dkt perak smpat pergi ke sini. best!

Reply
avatar
December 20, 2016 at 8:36 AM delete

PC bercuti ke sana ye
Kakak tak pernah singgah sini tapi lalu nampaklah signboard aje
Benar jgn mata saja memandang tanpa terdetik sedikit pun di hati akan setiap apa yg kita nampak dan nikmati.

Reply
avatar
December 20, 2016 at 10:54 AM delete

Selamat bercuti PC.
Sesekali cuci mata, tetapi kena selalu cuci hati.

Reply
avatar
December 20, 2016 at 4:27 PM delete

hujung minggu memang time untuk mencuci..
Cuci semua yang boleh dicuci kan PC..

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
February 20, 2017 at 1:49 AM delete

Hihi. Bab cuci mata dan hati tu siqah suka. Indah rasanya hidup lihat pemandangan cantik depan mata kan. Laut dan pantai, ohh siqah suka sangat <3

Kak PC tinggal di Teluk batik ke? Siqah pernah ada training selama 3 bulan kat Teluk batik resort. Banyak kenangan kat situ :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon