Nampak Macam Kecil Rupa-rupanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MACAM KECIL RUPA-RUPANYA || Semut api itu kecil dan halus saja pun..tapi bila dia menggigit..aauww..berair jugalah mata..perit-perit gatal..siapa yang tidak tahan boleh jadi kudis..itu belum lagi semut hitam si fanatik gula..bukankah semut sangat sinonim dengan makanan dan minuman terutama yang manis atau bergula..jadi yang suka jadi sweettalker tu..hati-hati..takut jadi korban semut..hihihi😂

Tiket persahabatan...bila sebut persahabatan pasti kita menjalin ukhuwah sesama insan..tidak kiralah secara muka bertemu muka..atau sekadar di muka buku..tidak pun dalam kumpulan-kumpulan media sosial..jangan bantai sesedap rasa..kalau boleh elakkan apa yang kurang molek dilakukan..ya jaga adab juga..kalau kita pandai rasa sakit hati bila disakiti..sama juga seperti dia sahabat kita..jangan guna tiket persahabatan untuk lakukan sesuka hati..sayang kawan kita atau sahabat kita kerana Allah..walau bersahabat dengan haiwan peliharaan sekalipun..jagalah molek-molek..

Akad dan ijab qabul perlu jelas..sebut ijab qabul..aduss..terus terbau-bau nasi minyak..nasi beriyani..gitu..meja makan beradat pengantin..suap-suap..uuiiii...bergula sangat..nak buka mulut pun malu-malu..maklumlah lensa kamera macam cendawan tumbuh lepas hujan..bulu hidung melempai pun boleh nampak dik..😉😉..hujung tahun waktu-waktu cuti sekolah ini lah meriah walimatulurus sana sini..alhamdulillah..tak apalah kalau majlis kita kecil-kecil sahaja..jangan risau kalau mungkin hanya majlis ijab dan qabul sahaja..dan kalau majlis itu ada bantuan adik beradik atau saudara mara dan rakan-rakan..sila jelaskan betul-betul statusnya..memberi dan membantu dengan niat yang bagaimana..hadiah...sedekah...saguhati..atau giliran berganti-ganti*abang,kakak kawin adik bantu..nanti adik kahwin abang,kakak pula bantu*..kerana tidak mahu dalam diam ianya menjadi hutang yang terpendam namun tidak pernah dipadam..kita susah..dia pun susah..

Nampak Macam Kecil Rupa-rupanya

Kembali kepada paksi..agama kita,dua kalimah syahadah itu paksi kita..jaga dan genggam erat-erat..teruskan usaha menjadi insan yang baik dalaman dan keseluruhannya..lakukan sikit-sikit..tak apalah kalau orang lain senyum hujung bibir melihat kita asyik ralit bertatih..asal tidak sentiasa mengadu letih..bukankah itu lebih baik..sampai satu saat nanti...saya.awak.dia.mereka hanya akan mementingkan diri sendiri..ya saat itu akan tiba..ketika itu tiada istilah kejam dan zalim kerana masing-masing hanya mengharapkan pengakhiran yang sedari dunia lagi dikhabarkan tersangat indah sekali..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Nik Ainaa
AUTHOR
November 28, 2016 at 8:40 PM delete

muhasabah diri. thanks sis kongsi entry ni. :')

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 28, 2016 at 10:45 PM delete

Amin...sama-sama Ainaa.. :)

Reply
avatar
November 29, 2016 at 3:18 PM delete

Wkmsalam.
Sama2lah kita saling mengingatkan dan bantu menbantu.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon