Kata Abah..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

KATA ABAH || "Burung Merbok..Burung Terkukur..ada banyak kat pokok-pokok keliling rumah kita ni..cepat teka lagi satu burung apa yang tak ada?"...eh ni teka teki ke..hihihihi...*abah (FIL PC) cari peluang nak mengenakan anak-anak*...Burung Merpatiiiiiiiiii!!!!!...*anak-anak jawab*....haaaaaaaaa betul..pandai...jadi apa kata abah......"kalau nak tahu pasal burung merpati tengok tenet katanya..sambil tersengeh abah kata kat tenet tu macam-macam ada..betul petik saham syurga..silap petik faham-faham je"....*aduhhhhhh..macam kena rejam dengan tongkol jagung berguni-guni*

Burung Merpati(Columba domestica) mempunyai 310 spesis.Bentuk fizikalnya adalah  gempal dengan leher pendek, dan halus, paruh langsing dengan cere pangkal paruh berisi.Biji benih, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan menjadi makanan harian burung ini. Kebanyakkan burung ini berada di Indomalaya dan ekozon Australasia.

Keistimewaan..ya burung Merpati juga ada keistimewaan tersendiri..dalam satu-satu masa burung Merpati hanya akan bertelur sebiji hingga dua biji sahaja..benarlah mengapa frasa Merpati dua sejoli itu sering diguna pakai bagi membayangkan keakraban satu satu hubungan itu..simboliknya adalah kerana selepas bertelur merpati jantan dan merpati betina ini akan sama sama menjaga anak mereka dan akan meninggalakan sarang setelah 7 hingga 28 hari..baik Merpati jantan mahupun Merpati betina..kedua-duanya menghasilkan susu tembolok untuk memberi makan kepada anak mereka, dirembeskan dengan meluruhkan sel berisi cecair dari selaput tembolok mereka..*olahan PC : Sumber*

Setia..ok yang ini PC petik daripada kata-kata Cikgu Sains PC zaman sekolah menengah dulu..."Burung Merpati sangat setia kepada pasangannya..andai pasangannya mati,hilang atau tidak kembali..baik Merpati jantan mahupun Merpati betina yang masih hidup tersebut tidak akan mencari pasangan yang lain"..💖💖


image
Burung Merpati Utusan
Google Image

image
Burung Merpati Kayu
Google Image

image
Burung Merpati Putih
Google Image

*terima kasih ukhuuwah
#mencari redha Allah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. comelnya burung merpati ni. setia pulak tu! :3

    BalasPadam
  2. Oo baru saya tahu burung merpati macam tu ye. Setianyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi...dan penuh kasih sayang juga.. :)
      Gula sangat..

      Padam
  3. Setianya...
    Dulo2 masa saya kecik ingat lagi arwah ayah bela burung merpati, kita pun suka...Tapi kecik lagi take tahu apa2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh...seronoknya..mesti puas tengok hari-hari..sebab susah juga nak tengok burung merpati ni.. :)

      Padam
  4. Pakcik pernah bela burung merpati ni.
    Burung merpati akan bertelur 2 biji semusim, mengeram dan membela anak bersama2.
    Anak yang menetas sepasang, akan menjadi pasangan sepanjang hayat. Kalau menetas seekor, pakcik akan sembelih sebab tiada pasangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanAllah..Pakcik ada pengalaman bela merpati..maksudnya betul la yang cikgu PC cakap tu..burung merpati setia dengan pasangannya..sedihnya kalau cuma 1 yang menetas...tak ada kawan..

      Padam
  5. busyra suka tngok burung merpati. comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..lagi bila dia tengah jalan cari makanan..hihi..kedek..kedek..

      Padam
Terbaru Lebih lama