Ibarat Berguni-guni..Owh Belum Tentu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

IBARAT BERGUNI-GUNI..OWH BELUM TENTU || Sepanjang hayat kita sudah berapa kilo beras yang dimasak kita makan.Sudah berapa kilo gula kita gunakan untuk bancuh dengan minuman..dan yang paling win bila orang tua-tua segelintirnya membayangkan betapa hebatnya dia dengan menyatakan dia terlebih dulu banyak makan garam..oleh itu jangan cuba membantah..*pening oiii bila apa yang kita cakap kena sailang atau dicaras begitu..mahunya tidak terkebil-kebil mata kita dibuatnya..*..

Ilmu Allah itu tersangat la luas..begitu juga ilmu yang  boleh kita cari,,gali,,tuntut dan amalkan...sangat banyak...malahan semakin kita belajar semakin terserlahlah kekurangan yang ada pada diri sendiri..umur atau jangka hayat kita bukan penentu bahawa kita tahu atau tidak tahu banyak perkara..kerana setiap orang kebolehannya tidak sama..keistimewaan masing-masinglah..

Saling menerima dan menghormati..kita tidak sentiasa betul..dia pula tidak selalu salah..timbal balas..dengar,tafsir dan hadam betul-betul dulu...jangan terus  dibuang melulu..dalam apa pun situasi,,hubungan atau perkara..kerana siapa pun kita ini sentiasa terdedah untuk lakukan kesilapan..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha Allah 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam.
    Carilah ilmu yang baik2 supaya boleh dijadikan bekal semasa kita di sana nanti.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama