Daya Tarikan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DAYA TARIKAN || Cukup sempurna Allah ciptakan alam ini dan seluruh isinya..setiap satunya mempunyai daya tarikan yang tersendiri..dan saling mempengaruhi satu sama lain..maka timbullah istilah menarik dan akhirnya tertarik..😉

Daripada mata turun ke hati💘..daripada telinga meresap ke jiwa..bila dengan alunan bacaan kalamullah yang begitu indah ya ianya menarik pendengaran kita..bila melihat flora dan fauna yang comel dan indah..pasti daripada pandangan mata itu dibawa ke jiwa..owh damainya..👍..subhanAllah..

Luar kotak...lazim bila sebut daya tarikan figura yang terimbas dan terbayang di minda pastinya seorang lelaki mahupun wanita..tidak salah pun..kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk  yang Allah ciptakan dan akal itu yang membezakan kita dengan makhluk lain..maka bila begitu banyaklah sudut yang diperhati dan dinilai mengikut daya tarikan yang ingin difokuskan.

Usir sejauhnya..PC ada rasa rendah diri😥😩..mungkin juga kalian ada rasa yang sama..kekurangan itu tetap ada..bukan kerana silap Allah mencipta namun itu kerana pembawaan diri sendiri..bukankah rasa-rasa yang kelabu itu pengasasnya sentiasa berbisik melemahkan kita..daya tarikan umpama sedikit kekuatan dan kelebihan..gunakan sebaiknya..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama