Goyang!??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

GOYANG!?? || Kudrat kita hakikatnya tidak segagah mana..kerana kita insan biasa..ya PC juga insan biasa..namun dengan izin Allah langsung tidak ada yang mustahil,,ya itu juga hakikat yang mesti kita terima.Bila kita melihat sedikit kelebihan pada insan lain,sama-sama meraikan selagi kelebihan itu tidak dilebih-lebihkan mahupun ada yang tertindas dan nampak menindas.Manakala yang biasa-biasa jangan pandang hujung mata,mungkin dia lebih baik daripada kita malahan lebih baik pada pandangan Allah..selagi dia tidak cuba memusuhi dan mencetuskan onar pada kita.

Pendirian umpama tulang belakang.Seperti juga akar,kukuh akar mencengkam bumi in sha Allah teguhlah seluruh pokok tersebut.Sesekali goyang dek kencangnya angin itu lumrah.Bila asasnya mantap,jangan khuwatir akan baik-baik sahaja.Buah gugur?..daun gugur?dahan patah?...angin bukan asbab..sampai ketikanya tetap akan gugur juga..atas izin dan kehendak DIA.

Ada masa kita rasa tersangatlah lemah..ada ketika kita seolah disuntik dengan semangat yang seakan tidak terjangka,,yang paling tidak seronok ada kala kita seolah goyang dengan dugaan dan pedihnya ujian dunia.SubhanAllah..moga bila mana kita rebah,rebah itu tidak menjerumuskan kita ke lembah yang merugikan..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Nieyl
AUTHOR
October 26, 2016 at 4:26 PM delete

Nieyl singgah petang :)

Reply
avatar
Atie Yusof
AUTHOR
October 26, 2016 at 4:38 PM delete

"Bila asasnya mantap,jangan khuwatir akan baik-baik sahaja" dengan izinnya pasti akan baik. Sesekali goyang @ rebah takpa, yg penting bangkit semula.. :)

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
October 26, 2016 at 10:49 PM delete

hidup ini pelbagai rasa yg mengganggu jiwa n emosi

Reply
avatar
ucing
AUTHOR
October 27, 2016 at 1:01 PM delete

renungan sejenak.sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)

Reply
avatar
October 27, 2016 at 1:08 PM delete

Wkmsalam.
Kita kena terima hakikat kudrat kita ada batasannya.
X semua hasrat kita dapat dicapai.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon