Tiga Lagi Jangan Diabai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIGA LAGI JANGAN DIABAI || Sekilas tengok tajuk alahai macam seorang lekaki beristeri empat yang lebih sayang pada seorang sahaja isteri berbanding tiga lagi isteri macam terbiar.Macam sahaja,walhal bukan nak berkisah mengenai itu pun.

Bila sahaja cukup umur atau baligh sahaja seseorang itu wajib ke atasnya untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.5 waktu.Hitung sebelah tangan sahaja.Namun hendak menunaikannya dengan khusyuk dan tertib bukan perkara mudah,semudah kita menyebutnya.Sering bertingkah dengan urusan duniawi,itu belum lagi berkira-kira dengan waktu dan macam-nacam lagi dugaannya.

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar. 
 (Hadith Riwayat Muslim)

Dua waktu solat ini boleh melindungi kita daripada menjadi bahan bakaran api neraka itu tidak bermakna kita dengan riang gembira melalaikan tiga lagi waktu yang ada.Lunaskanlah sebaiknya dengan bersungguh-sungguh.

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 
 

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon