Jangan Disampahkan Sampah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN DISAMPAHKAN SAMPAH || Satu hari bertan-tan sampah dihasilkan oleh kita rakyat Malaysia.Bukan main menggunung sampah yang dikumpul ditapak pelupusan.Dengar perkataan sampah sahaja pun sudah dapat kita bayangkan bagaimana rupanya,baunya dan bakteria yang terdapat padanya.Jadi hormatilah rakan-rakan kita yang kerjanya mengutip sampah setiap hari.Jangan dihina,jangan dipandang serong.

Ubah cara berfikir.Banduan,penagih dadah mahupun bekas penagih dadah,gelandangan,peminta sedekah jalanan,ini yang sering digelar "sampah masyarakat".Wajarkah?Dan siapa kita hendak memberi status begitu kepada mereka?Siapa tahu mungkin pada pandangan DIA dan penghuni langit kita juga adalah sampah.Mungkin tidak pada zahiriah tapi dalaman kita lebih buruk,busuk dan legam.Bukankah itu lebih berbahaya.

Intan terus menjadi intan.Kaca selamanya kaca,yang sama kedua duanya boleh menyirnakan sinar cahaya.Bergantung bagaimana kita menjaganya.Lebih kerap kita menggilap lebih menyerlah sinarnya.Sampah andai bijak mengurusnya mampu memberi pulangan yang cukup lumayan,jika diubah dengan kreatif boleh menjadi penyumbang pada kita dan negara.Jangan berasa hairan dulu dia yang kita anggap dan gelar sampah kini menjadi sanjungan.

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul. pendapat yg bernas sekali setuju sangat!
    follow blog best ni #661
    follow back and keep in touch tauuuu <3

    BalasPadam
  2. Betul, kita kalo rasa selesa dgn diri kita, amal ibadah kita, bersiaplah utk terjun ke neraka...waliyazubillah...

    BalasPadam
  3. Betul, kita kalo rasa selesa dgn diri kita, amal ibadah kita, bersiaplah utk terjun ke neraka...waliyazubillah...

    BalasPadam
  4. tak usah pandang rendah orang lain =(

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama