Cermin Diri

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Daun inai ditumbuk halus
Dicampur dengan sedikit gambir
Sikap beramah mesra itu bagus
Namun elakkan sindir menyindir

Daun mengkuang dijemur rapi
Kemudian dicelup ke dalam pewarna
Sesekali duduk muhasabah diri
Perbaiki yang silap sekiranya ada

Daun kelapa dikumpul bertimbun
Lidinya diambil buat penyapu 
Biarlah kerja bertahun-tahun
Elakkan menipu jangan mengampu

Air tasik nampak jernih
Boleh melihat ikan berenang
Zaman ini serba canggih
Yang terdahulu jangan terus dibuang

Tag : Santai
2 Komen untuk "Cermin Diri"

Betul tu. Beramah mesra tak salah, asalkan tahu jaga tutur kata dan tak menyindir orang lain. Peramah tapi ayat macam pisau tak guna juga..

Betul..baik tapi mengena tu yang sedih sangat rasa :(

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top