Baik Pulih Sedikit-sedikit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BAIK PULIH SEDIKIT-SEDIKIT || Hendak mencari dan menjadi sempurna sememangnya mustahil.Tapi untuk menjadi sempurna pada pandangan dan pendapat sesama insan bagi memenuhi citarasa itu lain kisahnya.Tapi jangan meletakkan diri kita sempurna dan lengkap serba serbi dikhalayak takut terselit perasaan yang tidak elok di situ.

Sepanjang hayat proses memperbaiki sahsiah diri berterusan.Seperti mana menuntut ilmu itu tiada hadnya begitu jugalah kisahnya dengan usaha untuk menambah baik diri sebagai manusia yang bakal menghadap PENCIPTANYA kelak.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, 

Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau hari ini kita mula rasa rendah diri dek kerana rasa banyak melakukan khilaf,tidak mengapa,itu isyarat kita sedang mula membuka lembaran baru untuk berubah ke arah kebaikkan.Andai kita melihat mulia dan cantiknya akhlak orang,jangan bimbang,jangan hasad dan iri hati tapi cepat bangkit perbaiki diri.Buang jauh istilah terlambat atau tidak layak..

#mencari  redha  Allah 
*terima kasih ukhuwah 
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Mazlan Othman
AUTHOR
August 11, 2016 at 11:37 AM delete

Wkmsalam.
Tanamkan tekad untuk menjadikan diri kita hari ini lebih baik daripada semalam,
hari esok mudah2an lebih baik daripada hari ini.
In syaa Allah.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 11, 2016 at 11:35 PM delete

Betul tu Pakcik MO..setuju..dari situ kita sentiasa berusaha perbaiki diri dari semasa ke semasa :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon