Tulus Ikhlas

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TULUS IKHLAS || Alhamdulillah segala puji bagiMU pemilik sekalian alam..RamadhanMU melabuhkan tirai juga akhirnya..bersilih ganti dengan kehadiran Syawal hari untuk ummat merai kemenangan dan kegembiraan..

Mungkin saat ini ramai yang sedang memandu bersama seisi keluarga menuju ke kampung halaman..ditemani lagu lagu raya yang cukup menyenangkan pendengaran..alhamdulillah..kesesakkan lalu lintas sudah menjadi asam garam dan perkara bukan lagi dianggap luar biasa..sediakan makanan dan minuman...dan berhentilah di kawasan rehat bukan sekadar menghilangkan lelah untuk bersolat juga ya.

Tulus ikhlas

Untuk semua ukhuwah yang sangat PC sayangi dan hargai..dengan rasa rendah hati PC memohon ampun dan maaf atas setiap tingkah dan bicara yang kurang menyenangkan disetiap entri yang dikongsikan serta pada setiap komen balas yang PC berikan..andai ada yang terguris kerana ketajaman bahasa yang PC lontarkan,ampunkanlah,,andai ada yang terkesan dengan teguran PC, maafkanlah..MOGA UKHUWAH KITA SENTIASA DIREDHAI ALLAH..
💖 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 1437H 💖

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 

Tag : Santai
3 Komen untuk "Tulus Ikhlas"

Selamat hari raya aidilfitri kak PC :) Siqah baru habis kerja. On the way nak pulang ke kampung.. Semoga raya tahun ni membawa keberkatan dan kebahagiaan pada kita semua 😊

salam Kak PC
Taqabballahu minna wa minkum.

maafkan salah silap saya sepanjang berkenalan disini.
maaf zahir batin

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top