Menghargai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Air katira manis rasanya
Sedap diminum setiap ketika
Sana sini ada rumah terbuka
Jangan dilupa pada yang tiada

Genap seminggu menyambut Syawal
Alhamdulillah suasana terkawal
Hingga larut malan asyik berbual
Bangun pagi eloklah awal

Masih kelihatan jualan lemang
Regunya sudah tentu si daging rendang
Layan baik baik tetamu bertandang
Biar sama sama berhati riang

Pencuci mulut turut dihidang
Buah pilihan tembikai dan pisang
Dapat bertemu hati senang
Tidak semestinya aidilfitri baru datang



Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
July 13, 2016 at 1:29 AM delete

Setiap niat untuk kebaikan dan menjadi lebih baik sudah dikira pahalanya, in shaa Allah... subhanallah..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon