Dahulu Menerima Sampai Waktu Memberi Pula

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

DAHULU MENERIMA SAMPAI WAKTU MEMBERI PULA || Bila kita semai sedikit rasa gembira pada orang lain..in sya Allah kita juga akan turut sama berasa gembira malahan besertanya rasa cukup bahagia..tidak percaya?..cuba..

Duit raya..hari raya selain baju baru,,kasut baru,,tudung baru dan baru-baru lain yang seangkatan dengannya...tidak dapat tidak lagi satu yang mejadi satu kemestian adalah duit raya..konsep duit raya ini hakikatnya adalah umpama hadiah kepada si kecil yang datang berkunjung tidak kiralah saudara mara atau anak jiran tetangga..*memberi duit raya kepada ibu ayah,,datuk,,nenek itu terpulang pada individu ya,,tidak menjadi satu kesalahan pun malahan sangat digalakkan*..

Bahagia rasanya bila dapat memberi..namun kebahagiaan itu adakala sedikit mereput bila mana si kecil mula bijak untuk mempertikai jumlah yang terkandung di dalam sampul duit raya tersebut..*alahai anak-anak..alahai adik-adik...hihihihihihihi..nak nangis ke nak senyum kelat tepi tempayan ni..diri ku keliru diaidilfitri* ..jauhnya beza..dulu zaman PC kecik-kecik..kalau pergi beraya dapat dua puluh sen pun dah lompat bintang...samapi dah nak naik tangga rumah jiran sebelah pun masih terjerit ucap terima kasih pada nenek yang bagi dua puluh sen tu..kalau tuan rumah bagi duit yang bersampul..makanya tunggu balik rumahlah baru buka tengok..kalau penat tunggu esok pagi jelah..

Dulu zaman PC kecil-kecil waktu sedang asyik seronok menikmati suasana hari raya bersama rakan-rakan gonjeng seperjuangan..nak pergi beraya sahaja pasti perlu mendengar tazkirah..

Pergi beraya rumah orang bagi salam..duduk elok-elok..kalau tuan rumah bagi air,,minum..tunggu tuan rumah suruh makan baru makan(kuih)..jangan bergurau..jangan sepah..dapat duit raya cakap terima kasih..salam cakap minta maaf..paham tak?.. -Pesan MAMA-

Nak pergi beraya jangan ikut suka..dekat waktu solat balik..waktu makan tengahari pastikan ada di rumah..jangan kacau orang nak rehat..jangan buka tengok duit raya dalam sampul,tak usah cakap kenapa dapat duit sikit.. -Pesan BABAH-

Sampai sekarang pun  dah kahwin setiap kali pergi beraya rumah saudara mara..PC sentiasa ingat pesanan tu..tidak semua tapi ada yang masih boleh PC praktikkan..

Akhlak yang baik perlu dibentuk dan dilentur sepanjang hayat..ianya tidak bermusim..ianya juga bukan mengikut peredaran masa..tetapi harus sentiasa digilap..moga ianya sama-sama diusahakan..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama