Cuba Berubah

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Rendang daging kari ayam
Enak dimakan bersama ketupat palas
Leraikan semua dendam
Elakkan diri suka membalas

Dodol sudah semakin dilupakan
Takut tidak dikenali anak zaman kini
Barang yang lepas cepat-cepat lupakan
Barulah terasa lapang dihati

Serunding daging menjadi pilihan
Dijadikan inti si pulut panggang
Kalau berukhuwah dilandasan berTUHAN
Barulah bercambah rasa sayang

Cantik berkebaya dipagi Syawal
Berselendang biru sulaman tangan
Setiap pagi niatkan untuk bangkit awal
Agar rezeki tidak jauh meninggalkan

Tag : Pantun
14 Komen untuk "Cuba Berubah"

Ewahhh berpantun akak.. Lea tak pandai nak berpantun kak ehh..

abam kie pun nak belajar berpantun lah jugak!

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya PC,

Kita terpaksa hadam dengan perubahan zaman..
Kadang-kadang rindu dengan kenangan waktu kecil, zaman tiada gadget lebih bermakna..

Haha sedap pantun! Kita dulu suka jugak berpantun pantun ni sekarang makin lemau pulak :|

Semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 yg beruntung di dunia dan akhirat... aamiin.

Lea boleh..kiki...akak pun bukan pandai sangat Lea..biasanya asyik janggal je bunyinya :)

Cikgu AK mesti boleh...hihi.. :)

Waalaikummusalam kak LZ..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kembali...betul kak..zaman kita kanak2 yang ada telefon rumah jekan..

Terima kasih Nad..hihi...cepat rangupkan semula :)

Subhanallah..biasa2 je Irda..entah2 Irda lebih hebat berpantun daripada kak PC dik :)

Ameen..itulah yang menjadi harapan kita semua Bro KK.. :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top