Yang Sunnat Itu Jadi Penyokong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

YANG SUNNAT ITU JADI PENYOKONG || ibadat-ibadat sunnat itu lebih ringan hukumnya berbanding yang wajib..namun jangan ianya dipandan sepi kerana yang sunnat itu sebenarnya umpama penyokong kepada setiap amalan yang diwajibkan untuk dilakukan..biarpun solat terawih itu sunnat untuk kita laksanakan tetapi banyak manfaatnya..ditunaikan dalam tempoh sebulan sahaja dalam setahun bukankah itu sudah istimewa..alhamdulillah..

Lain surau atau masjid lain pengisiannya pada setiap malam-malam Ramadhan..ada yang solat terawihnya dilakukan secara berterusan..ada yang diselangi dengan tazkirah ringkas daripada ustaz undangan khas..alhamdulillah boleh kutip sedikit ilmu daripada insan yang lebih berilmu..Antara petikan daripada Ustaz yang memberi tazkirah ringkas sepanjang di bulan Ramadhan ini di masjid yang PC kunjungi..
Titian Siratalmustaqim itu dibina bermula daripada tebing(sempadan)padang mahsyar hingga ke tebing(sempadan)syurga..diantara keduanya(ditengah-tengahnya) adalah neraka yang mana apinya marak dan menjulang-julang.. 
Sebelum kita dapat melihat wajah Allah..titian inilah yang perlu kita lintasi terlebih dahulu...sememangnya kita umat akhir zaman tapi kitalah umat yang pertama bakal dihisab dan melintasi titian ini terlebih dahulu dimulai dengan lintasan oleh Rasulullah SAW..*kecut perut bila dengar Ustaz sebut api neraka menjulang-julang*..subhana Allah..

Rezeki setiap kita tidak sama..hinggalah di sana kelak..moga dengan menambah amalan sunnat dapat memberatkan sedikit timbangan kebaikkan kita di sana kelak...in sya Allah..

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
June 14, 2016 at 8:00 AM delete

Assalamuaikum PC . bulan yg mulia ini, amalan sunat petlulah dilipatgandakan kerana pahalanya amat besar.

Bagus sebenarnya jika diadakan tazkirah ketika solat terawih sbb ia akan mengambarkan lagi ilmu dan Pengetua agama para jemaah

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 14, 2016 at 9:09 AM delete

Ameen betul setuju...dapat memberi input pada jemaah...alhamdulillah :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon