Takut-takut Dan Berani

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TAKUT-TAKUT DAN BERANI || Eh apalah tajuk..takut..berani..sudahnya yang mana satu..betul ke tidak?...pernah lalui tidak situasi pada awalnya ada rasa takut-takut hendak lakukan sesuatu..atau hendak putuskan satu-satu keputusan itu..atau pun untuk mencuba satu yang baru..tetapi lama kelamaan timbul keberanian yang masih mempunya batasan atau sempadannyalah..^,^

Takut itu perlu..bagi pandangan PC lah...supaya kita berwaspada dan fikir banyak kali untuk buat sesuatu perkara lebih-lebih lagi pada perkara yang penting..bila kita ada rasa takut kita akan minta pandangan orang lain untuk bantu kita..tidak salah pun kan kalau kita minta pendapat orang lain..selebihnya terpulang pada diri sendiri..sudah namanya pun pendapat jadi tidak salah kalau kita gabungkan pandangan diri sendiri dan buah fikiran orang lain..matlamatnya adalah kebaikkan pada hujungnya..in sya Allah.

Berani..bagus..itu bermakna keyakinan diri yang tinggi..tapi jangan terlebih berani..jangan terlebih yakin dan jangan terlampau nekad..kalau hendak juga begitu bersiap sedia sedari awal dengan risikonya juga..hendak berjaya mesti berani hadapi risiko atau dugaan..setuju itu...tetapi kita mesti juga memikirkan kesan-kesannya kerana ianya juga secara tidak langsung akan melibatkan orang-orang yang paling hampir dengan kita..yang penting persetujuan bersama agar sebarang masalah dapat diterima dan di atasi secara berjamaah..

Kawal dan pupuk keyakinan..setiap tindak tanduk diri cuba kita kawal..belajar terima teguran daripada orang lain..apa yang kita rasa tidak sama yang orang lihat..terguran yang membinalah..kalau sah-sah teguran itu jelas lagi nyata bermotifkan perasaan hasad dengki yang mencanak-canak..jangan di lawan dan tidak perlu pun dilayan..tapi jarakkan diri..kerana dia lebih dahsyat daripada pacat atau drakula..mahu tinggal kulit dengan tulang kita dibuatnya atas kesan perbuatan makhluk yang hobinya beraurakan kurang sihat..jangan kita terjebak sama ya..ameen.

Sebaiknya gabungkan rasa takut dan berani itu menjadi satu titik permulaan untuk memulakan sesuatu..untuk menyeimbangkan langkah kita agar tidak sumbang dan melayang-layang..

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN SEBAIKNYA.....INSYA ALLAH.

    BalasPadam
  2. Apa pun, jangan terlebih yakin dan berani. Takut tak jadi seperti apa yang kita nak, kecewa menggunung pula.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama