Pengharapan

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGHARAPAN || Selagi kita masih bernyawa.ya selagi itu kita akan terus menaruh harapan pada setiap apa yang kita hajatkan.
Berharaplah..dan teruskan pengharapan itu..kerana itu lebih baik daripada berputus asa..secebis pengharapan itu juga mampu menggerakkan kita sebagai hamba..masih ada inisiatif untuk berusaha..-Perdu Cinta-
Ukuran.Besar atau kecil bukan masalah.Sedikit mahupun banyak juga tidak menjadi permasalahannya.Mudah bukan.Namun ianya sering diketepikan kerana lazimnya kehendak itu melebihi keperluan maka yang besar itu akan diperbesar-besarkan..dan yang banyak itu akan didahulukan..apa pun kembali pada diri individu itu sendiri.

Penggerak atau pun penjana. Semangat yang berkobar-kobar itu adalah penjana atau penggerak kepada pengharapan.Biarpun tubuhnya lesu..wajahnya layu..namun selagi ada kemahuan,maka selagi itu masih ada sinar pengharapan.

A.Allah..Allah..Allah..tempat pertama untuk kita letakkan pergantungan harapan dalam segala hal..baik yang biasa atau luar biasa..sama ada perkara remeh temeh atau pun pada perkara yang berat dan serius..kalau hendak A pada semua perkara jangan berani untuk menyisihkan A yang pertama ini.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Tag : Motivasi
11 Komen untuk "Pengharapan"

Org kata kalau tak ada rasa pengharapan hati dah mati
Selagi hidup mesti ada pengharapan tak kitalah bila kesampaiannya..

Betul tu berharap terus berharap

Berharaplah pada yang Esa ..
Itu lah pengharapan yg terbaik..
Usaha, doa dan tawakal..

Terima kasih PC. terkena batang hidung pulak :')

diri ini masih mengharapkan impian dan hajat dimakbulkan..
tidak sesekali berputus asa

Betul kak..kalau ada harapan mesti masih hidup semangat untuk usahakan :)

Tepat..itu yang paling terbaik kak :)

Alahai adik sorang ni...hehe :)

PC juga begitu Nieyl...ameen..moga Allah permudahkan setiap urusan kita :)

Wkmsalam.
Berusaha, berdoa dan tawakkal semoga pengharapan kita tercapai.

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top