Pengganti Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGGANTI DIRI || Tahun 90-an hinggalah awal tahun 2000..kad raya memang tidak asing bagi kita..bila abang posmen singgah sahaja rumah..masukkan sampul putih dalam peti surat..amboi dah boleh agak apakah itu..bila kerap sangat abang posmen singgah lama-lama abang posmen tu pun siap cakap.."adik ni dah macam artis gayanya".....hihihihihi..."kami memang main bertukar-tukar kad raya abang posmen"..dua minggu puasa babah jadi mangsa PC pergi kedai beli kad raya bukan main banyak..pergi pejabat pos beli setem pulak lepas tu...ingat mama boleh bersenang lenang ke..jangan harap..sila tolong lekatkan setem..kihkihkih...

Lama kelamaan ianya sunyi...sepi diganti dengan 1001 kemodenan..ucapan pengganti diri di alam maya..lebih pantas dan praktikal untuk dikemudi..mungkin masih ada yang mengekalkan tradisi ini[mengirim kad raya]..tapi sangat sedikit peratusannya..namun dewasa ini menjadikan kad raya sebagai pengganti diri kelihatan sudah kembali hangat..ditambah dengan pelbagai rekabentuknya..mengikut citarasa kita sendiri..ikut kreativiti kita yang lebih kehadapan lebih moden..alhamdulillah..

Alhamdulillah tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi anak bulan Syawal bakal muncul...PC menerima kad raya pertama daripada dua orang blogger yang tidak asing lagi iaitu  Blogger Cik Akak dan Blogger Kathyrbain..alhamdulillah...terima kasih ya...

Pengganti Diri

Kad raya pengganti diri
Daripada kalian untuk diri ini
Jauh di mata dekat dihati
Moga ukhuwah ini terus mewangi

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah



Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
CikLa Shahril
AUTHOR
June 25, 2016 at 1:55 PM delete

Tradisi lama yg semakin dilupakan agaknya...

Reply
avatar
June 25, 2016 at 3:13 PM delete

tahun ni tak dapat kad raya pun lagi...huhu

Reply
avatar
Maman Reen
AUTHOR
June 25, 2016 at 5:09 PM delete

Rezeki kak PC dapat kad raya.. Hehehee alhamdulillah..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 25, 2016 at 11:20 PM delete

Alhamdulillah... semoga silaturrahim sentiasa terjalin dgn sepenuh keberkatan... aamiin

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon