Ketajaman Berbeza

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KETAJAMAN BERBEZA ||Kualiti,potensi dan rezeki berbeza..walau dasarnya macam sama tapi setiap satu-satu perkara atau benda itu pasti punya pakejnya yang tersendiri..tidak semestinya daripada acuan yang sama tahap ketahanannya juga serupa..

Asah..bakat atau kemampuan diri betul boleh diasah..boleh digilap..mungkin masuk sekolah yang sama..akademi yang serupa tapi penerimaan belum tentu sama..kerana setiap kita ada daya penerimaan yang berbeza tahapnya..

Awak pakai cermin mata..dia juga pakai cermin mata malahan mereka juga pakai cermin mata..eh ini kes tiru ke apa..sudah kalau semuanya rabun haruslah pakai cermin matakan..namun yang membezakannya adalah tahap kerabunan itu sendiri..

Beria-ria sama-sama masuk kelas memandu..eh kenapa kita asyik gagal..dan dia sekali ujian sudah berjaya lulus..selain rezeki terimalah hakikat bahawa kita tidak mempunyai potensi diri yang sama atau serupa..

Kalau kita mengharapkan sesuatu perkara itu berlaku seperti yang kita inginkan daripada orang lain..kita mesti bersedia untuk terima kurangnya..kerana diri kita sendiri juga belum tentu dapat memenuhi kehendak seperti mana yang diharapkan oleh orang lain..

#moga Allah redha.
*terima kasih ukhuwah. 

8 Komen untuk "Ketajaman Berbeza"

betul tu... kita dilahirkan berbeza

salam , kaka pc yana setuju dengan point kak pc :) bakat dan rezeki kita lain lain tapi semua boleh diasah , cuma kita je nak ke idok :)

ada keunikkan yang tersendiri :)

kan..perbezaan itu satu keistimewaan :)

waalaikummussalam Yana..betul..setuju..yang penting diusahakan...hehe :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top