Jangan Bagi Perut Terkejut

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN BAGI PERUT TERKEJUT || Setiap yang kita suap ke mulut pastinya akan terus pergi ke perut untuk dicernakan..daripada situ zat yang baik menjadikan tubuh kita sihat..manakala makanan yang kurang berkhasiat bakal mengundang padah dan menyakiti tubuh kita kembali..inilah sebabnya mengapa kita disarankan untuk memastikan setiap apa yang kita makan itu dipastikan halal dan suci selain memberi kesan kepada urusan lainnya juga..

jangan bagi perut terkejut

Citarasa dan selera itu sememangnya sukar dikawal..*PC pun..hihi..*..lebih-lebih lagi semangat ingin mencuba..merasa ditambah dengan cara penyediaan hidangan yang pertama kali pandang ibaratnya terus jatuh gedebuk..kehendak itu semakin melopat-lompat..terutama bila perut sedang benar-benar kosong..semuanya dirasakan dan dipandang dengan penuh nikmat...sila rantai nafsu pada diri masing-masing ya..kesian perut kita..

Perut merupakan organ berongga seperti kantung yang berdinding tebal dan berotot. Merupakan sebahagian daripada salur alimentari yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diasimilasikan dalam badan.Perut secara amnya merupakan persekitaran berasid dengan julat pH antara 1 dan 4 bergantung kepada makanan dan faktor-faktor lain. Pepsinogen dirembeskan oleh sel utama dan bertukar menjadi pepsin dengan kehadiran asid hidroklorik. Bahagian dalam perut boleh merembeskan sehingga 2 atau 3 liter lelehan gaster sehari.[Sumber]

Kalau mulut itu pandai berasa letih mengunyah..pastinya perut juga begitu...bagi mengelakkan rasa malas dan mengantuk yang berlebihan kurangkan pengambilan makan berat..manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan gandakan usaha untuk menjaga kesihatan terutama dalam bab pengambilan makanan sewaktu bersahur dan berbuka..bukan sekadar memandu perlu berhemah..mengambil makanan juga perlu lebih berhemah..moga kita tidak menjadi insan yang baik disiang hari kemudian bertukar menjadi seorang pendera dimalam harinya.. 

*terima kasih ukhuwah...

4 Komen untuk "Jangan Bagi Perut Terkejut"

Wkmsalam.
Singgah sebentar sebelum solah Tarawih.

Peringatan yg baik buat renungan dan panduan kita semua... subhanallah walhamdulillah...

Peringatan yang baik ni kak PC :) Kadang-kadang nafsu lapar menyebabkan kita makan sesuka hati. Bila dah makan menyesal sebab dah terlebih rasanya. Hihi. Moga menjadi lebih baik tahun ni :)

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top