Jamak Itu Memudahkan Tetapi...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JAMAK ITU MEMUDAHKAN TETAPI.... || Islam itu mudah tetapi jangan sesekali di pandang rendah dan diambil mudah!..kalau kita tinggal puasa disebabkan ABC(Allah Benarkan Cuti) bagi kaum wanita disebabkan haid,nifas dan lainnya itu tidak bermakna terus ditinggalkan tanpa meng"qada"kan puasa yang ditinggalkan..dan bagi sesetengan situasi fidyahnya juga mesti dilunaskan.

Niat yang baik untuk ke satu-satu destinasi yang anggaran jaraknya 2 marhalah(lebih kurang 91 kilometer ke atas) membolehkan solat ditunaikan secara jamak sama ada jamak taqdim atau takhir..boleh tak kalau tak nak jamak atau qasar...boleh..dengan syarat setiap kali masuk waktu solat berhentilah di mana-mana surau atau masjid yang ada atau kawasan yang diyakini kebersihannya..salah satunya RnR di sepanjang lebuhraya..jamak dan qasar itu tujuannya memudahkan..

Sekarang semakin maju..baik dari segi kemajuan teknologi maklumat..pemprosesan makanan..fesyen..malahan boleh dikatakan segenap sudut kehidupan kita yang kita lalui mengalami kemajuan dan pembagunan yang bukan calang-calang..pantas merentas zaman..namun tidak semua boleh kita aplikasikan dan wajar ditapis mengikut kesesuainnya..sesetengah perkara kita boleh satukan ada juga sesetengan urusan kita perlu asingkan atau mungkin buangkan terus..

Jamak itu memudahkan dalam urusan beribadah tetapi jangan pula kita dengan rasa riang ria jamakkan kebaikkan dengan keburukkan sewenang-wenangnya..tetapkan pendirian..perbaharui niat..perbetulkan tindakkan.in sya Allah cantik penghujungnya..*PC cuba..kita semua cuba*

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Mazlan Othman
AUTHOR
June 11, 2016 at 8:15 PM delete

Wkmsalam.
In Syaa Allah.

Reply
avatar
June 11, 2016 at 9:58 PM delete

Terima kasih atas perkongsian ini kak PC :D

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon