Bergantung Bagaimana Caranya..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERGANTUNG BAGAIMANA CARANYA || Kita sangat sayang setiap harta kita..dan harta itu bukan sahaja wang ringgit semata..malahan kesemuanya yang Allah pinjamkan kepada kita itu adalah harta sementara kita.Waima iman kita sekalipun..sebab itulah kena jaga betul-betul..tambh dan mantapkan setiap masa.

Jagalah melebihi menjaga nyawa sendiri.Dalam keterdesakkan hidup orang sanggup lakukan apa sahaja..saat itu segala hukum seolah sudah terpadam..kewarasan macam sudah luput..apa yang masih membuatkan seseorang itu bernilai adalah iman yang dimilikinya.Besarkan makna iman itu pada diri dan kehidupan kita..malahan sangat besar pengaruh dan peranan iman itu dalam membentuk kita sebagai insan.

Permata andai tidak dijaga sinarnya pasti suram..namun kaca andai digilap setiap ketika cahayanya pasti terbias jauh..begitu juga iman..sememang sedia ada pada diri pada setiap Islam namun masih perlu dijaga dan digilap supaya sentiasa subur dijiwa..-Perdu Cinta-

Berliku-liku itu mungkin lebih baik.Kalau ditanya tiada siapa pun yang suka pada kesusahan..keperitan dan kesedihan..tapi ada kala daripada kepayahan itulah kita lebih berjaya dan lebih menghargai rezeki dan nikmat kesenangan.Seseorang itu lebih mudah memahami perit getir insan lain dan rasa simpati itu senriasa bercambah membuatkan semangat ingin membantu itu sangat tinggi..insyaAllah..alhamdulillah.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
February 16, 2017 at 12:55 AM delete

btol tu . nyawa tiada ganti . percayalah dunia hanya sementara.

aril singgah ye

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon