Banyakkan Berbicara Dengan DIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BANYAKKAN BERBICARA DENGAN DIA 

Kita insan sangat jauh daripada kesempurnaan..ya sempurna pada penilaian manusia itu kadang muluk semuanya..mungkin tulus daripada hatinya mungkin juga ada nawaitu yang tersirat pada jiwanya..itu kita sesama manusia..saling menilai mengikut citarasa berbeza..

Sepinya berbicara mungkin semasa terpejamnya mata..sedang enak diulit mimpi bahagia..namun adakala tersasar juga mimpi itu terbawa-bawa dalam igauan sebabak cuma..

Kadangkala mulut terkunci daripada berkata-kata..namun hati dan minda tidak pula lelah untuk berbicara..sentiasa..seolah mesin yang tidak ada suis untuk menghentikannya..

Sepanjang babak kehidupan..pelbagai ceritera berlaku disekeliling saya,awak,kita dan mereka..malahan kadangkala kita saling berkongsi kisah suka duka..pahit manis..ya,itu biasa..

Namun wahai insan..pernahakah kita meluangkan lebih banyak masa untuk NYA..sudah sampai masanya ayuh kita cuba belajar untk lebih banyakkan berbicara dengan DIA..bukan untuk hari ini sahaja..tetapi untuk sepanjang hayat kita di dunia..apa pun bahasa yang kita guna..ya DIA akan tetap memahaminya..bagaimana pun susun atur ayatnya ya,DIA juga terima..biar pun tiada kata puitis dan pujangga ya,DIA akan setia mendengarnya..mulakan.

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon