Tiga Yang Berat

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIGA YANG BERAT ||Membilang angka mudah bagi yang sudah tahu dan mengenalnya..tapi tidak yang masih sedang belajar untuk mengenal apa itu angka..mahu digaru-garu jambul sejemput..namun kesukarannya tidak terbanding dengan tiga perkara yang betul percaturannya membahagiakan kita di akhirat kelak dan kalau salah perhitungan sememangnya seolah menempah derita berterusan..

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Biar pun sedikit sedekah kita..teruskanlah..walau hanya memberi sebiji gula-gula..syaratnya IKHLAS..harapkan ganjaran daripada Allah bukan pujian daripada manusia..kalau orang puji apa harus dilakukan?..ucaplah alhamdulillah..

Untuk berkongsi sesuatu yang baik..tidak pernah disyaratkan perlunya kita ini ustaz mahupun ustazah..kerana setiap kita berpotensi untuk menjadi da'i..menyampaikan kebaikkan walau hanya dengan sebarik ayat..dengan syarat tidak bertentangan dengan apa yang disempadankan..dan jangan nilai setiap orang yang cuba menyampaikan kebaikkan itu "lagak alim ulamak"..atau melebal mereka "sudah cukup bagus"..kerana setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing..sama ada secara formal atau tidak formal..sama langsung atau sebaliknya..

Anak itu salah satu daripada cabang rezeki daripada Allah kepada pasangan suami isteri yang telah menjadi halal..namun itu bukan janji Allah pada setiap pasangan yang telah berkahwin pun..yang telah Allah izin milikinya bersyukurlah,,jaga dan didiklah mereka sebaiknya..namun bagi yang masih berusaha..teruskan..YAKIN..setiap orang ada buku takdir masing-masing..Allah sangat tahu apa yang terbaik..waktu yang sangat sesuai dan hikmah semuanya..jangan lupakan nikmat lain kerana satu nikmat yang kita ingini ini Allah tangguhkan seketika..

*terima kasih ukhuwah..
Tag : Ilmu
8 Komen untuk "Tiga Yang Berat"

InsyaAllah, banyak cabang yang akan tolong kita kat sana nanti , usaha tabur benih didunia tuai kat sana

Insyallah. Ikhlas dalam segala hal, dapat keberkatannya :)

Moga tidak tumbuhnya lalang kan yana...amin.. :)

Amin...amin...amin...begitulah harapnya Siqah :)

beri yg termampu, yg penting ikhlas..

In shaa Allah... niat yg dilakukan dgn ikhlas pasti besar ganjarannya nanti... Allahuakbar...

keikhlasan itu sangat penting.. :)

amin..in sha Allah..moga keikhlasan itu menjadi hadiah untuk kita di sana kelak :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top