Sembang Kencang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Sembang kencang
Sambil minum air tambah bila mula kurang
Tidak menjadi andai seorang-seorang
Mesti cari teman barulah memberangsang

Sembang kencang
Bukan calang-calang orang
Hendak bercakap pun mesti dirancang

Sampaikan yang mendengar naik tercengang

Sembang kencang
Mudah nampak macam makan kacang
Nampak macam berbincang
Tetapi kadang lebih sekadar mencanang

Sembang kencang 
Adakala hasilnya datang
Banyak kali ditendang
Kawan lain tidak membantu tapi duduk pandang

Sembang kencang
Bergantung juga pada orang
Tidak semua kaki sembang
Kerana tidak kurang memang betul hendak menyumbang

Sembang kencang
Bukan senang hendak senang
Tidak mustahil air mata asyik bergenang
Memikirkan nasib mendatang

sembang kencang





Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Siqah Hussin
AUTHOR
May 9, 2016 at 6:46 PM delete

Sembang kencang... Hii. Last rangkap tu sangat betul kak PC..

Selamat Petang kak :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 10, 2016 at 10:36 AM delete

Itulah hakikat kan Siqah..hehe.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon