Rasa Bertuahlah Kerana Terpilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

RASA BERTUAHLAH KERANA TERPILIH ||Seronok bila apa kita nak kita dapat..pastinya berasa sedih dan kecewa bila mana sebaliknya yang berlaku..oleh itu jangan terlalu berharap..biasa-biasa sahaja..usaha lebih ok...berharap lebih-lebih elakkan..REZEKI itu Allah punya..sampai kepada kita sekadar sementara dan pinjaman..

PILIH..kita sedih sangat bila kita kecewa dengan satu-satu perkara yang menimpa kita..Allah..terasa seolah tiada lagi hari esok...beria marah..beria menangis..beria lah segenap sudut...kadang seolah bukan diri kita pun..tunggu nak bertukar jadi hijau sahaja seolahnya..ha.ha.ha..ketika emosi tidak stabil ketika kita rasa sangat kecewa ketika itu kita melihat orang yang lebih bertuah pada firasat kita...lupa semua yang ada..yang telah kita miliki...nak tenang pandang orang yang lebih bawah daripada kita..bukan untuk menghina tapi untuk didik hati lebih tenang hadapi dugaan..

TERTANYA-TANYA..A:kenapa dia lebih baik daripada aku?..B:kenapa aku begini tidak begitu..C:kenapa aku susah dia senang?...nampak?..betapa kita banyak soalan sepanjang kehidupan..kalau pun kita tidak menyuarakan secara lisan pasti persoalan ini akan sering berlegar pada sudut hati kita..pada minda kita..seterusnya memporak perandakan emosi..*tahniah kepada yang tidak pernagh melalui situasi begini..walhal PC sendiri kadangkala diuji dengan rasa yang PC sendiri rasa sangat tidak best..cepat-cepat istighfar*..semua atas pilihan Allah..setiap satu yang Allah izin berlakunya adalah dengan sebab yang kita sendiri tidak tahu..dalam apa pun situasinya rasa bertuahlah kerana terpilih kerana Allah yang pilih bukan kita..tugas kita berusaha untuk terus bangkit menjadi insan yang tidak terus menyerah bulat-bulat namun pada hujugnya berserah 100 peratus kepada NYA..

*terima kasih ukhuwah...



Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon