Pengisian Malam

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Pengisian malam


PENGISIAN MALAM || Siang dan malam bersilih ganti..setiap hari...andai siang digunakan berhempas pulas untuk mencari rezeki..malam pula tidak bukan untuk merehatkan tubuh badan yang keletihan dan minda yang sarat berfikir...walaubagaimana pun ada yang bertugas hingga larut malam lantaran tuntutan tanggungjawab yang mesti dilunaskan..

Lunaskan...andai hutang sesama insan mesti dilunaskan begitu juga hutang dengan Allah SWT juga mesti di bayar..mana yang tertinggal qada...baik sengaja atau tidak sengaja...qada itu pastinya sama sekali nilainya tidak menyamai dengan apa yang wajar dilakukan seperti yang ditetapkan..namun apa daya lemahnya kita kadangkala tidak terlunas apa yang sepatutnya..subhanAllah..qadalah dengan rasa kesal agar tidak mengulagi lagi..

Pengisian malam setiap orang tidak sama..ada yang sepenuhnya digunakan untuk berehat..meluangkan masa dengan keluarga,,tidak kurang yang keluar berhibur dengan rakan-rakan..ada macam-macam ragam dan perangai..hak dan pilihan masing-masing.

Isilah malam-malam kita dengan perkara yang paling bermanfaat...mungkin waktu sedang orang lain asyik lena dibuai mimpi indah atau mungjin juga mimpi ngeri..luangkanlah sedikit masa kita untuk mendekati PENCIPTA..kita,DIA dan disaksikan para malaikat..amin.

*terima kasih ukhuwah..
Tag : Ilmu
0 Komen untuk "Pengisian Malam"

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top