Bila Longgar Sila Ketatkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..

Bila Longgar Sila Ketatkan
Google Image

BILA LONGGAR SILA KETATKAN || Sebut longgar ingat rantai basikal..dulu pergi balik sekolah kayuh basikal hujan berpayung panas merempit..haha..sebelum pandai memandu motosikal..pergi sekolah tangan bersih..balik sekolah hitam legam minyak rantai..kalau tak betuklan rantai basikal sendiri lucut..tolong betulkan rantai basikal kawan punya yang lucut...eh kawan tu buat apa??takkan tengok je..sebab tangan dia dah hitam dulu..hahaha..bila dah tahu cara..barulah tak hitam tangan..macam mana??..apalagi ngadu dengan babah..pendekkan rantai bagi ketat sikit..kihkihkih..senang!

Senang bila seluar..kain atau skirt kita guna tali atau getah pada bahagian pinggang..mudah elastik..memberi..boleh ikut saiz pinggang kita..fleksibel sangat...dan yang paling penting selesa..mudah nak bergerak..dan kalau longgar pun apa lagi cepat-cepatlah tukar yang baru..tak pun ketatkan..kan..sebelum terlondeh nampak apa yang tidak sepatutnya orang lain tengok dan nampak..

Tertengok dan ternampak kali pertama secara tidak sengaja itu rezeki...cepat-cepat istighfar..tapi jangan diulang jadi dosa dan maksiat*ni PC dengar ustaz cakap dalam tv..siaran agama*..pada perkara yang tidak eloklah..kalau perkara elok nak tengok banyak kali pun tak apa..tapi berpada-padalah..tengok juga apa perkara baiknya tu..anak dara cantik manis molek serba serbi itu pun perkara baik tapi tak sesuailah kalau yang lelaki asyik tertengok-tengok..begitu juga sebaliknya..

Bila silaturahim mula terasa longgar segeralah ketatkan dengan kemesraan semula..pupuk kasih sayang satu sama lain..saling menghormati dan menghargai...bila hubungan dengan Allah SWT terasa longgar..cepat-cepatlah ingatkan diri dan berusaha mendekat kembali...dan..dan..dan...dan ada juga sesetengah perkara bila apa yang sepatutunya longgar itu pula janganlah diketatkan..sebaliknya apa yang perlu dilakukan sedikit perubahan adalah yang ketat itu dilonggarkan sedikit demi sedikit..proses perubahan dan pembelajaran berlaku sepanjang hayat..jangan malu untuk berubah ke arah kebaikkan..tolak tepi sakitnya dipersenda..tolak tepi bisanya kata-kata sinis..tendang jauh-jauh gurauan menikam..in sha Allah..amin.

*terima kasih ukhuwah.. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ye kak :) Yang sepatutnya longgar, janganlah diketatkan ye tak :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama